Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 3,699 – Jualan Bermula 18 Mei


OnePlus secara rasminya telah melancarkan   OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9 ke pasaran Malaysia dan ianya menjadi telefon pintar pertama OnePlus hadir dengan sistem kamera Hasselblad pada harga dari RM 3,699.

OnePlus Watch dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 699

OnePlus 9 Pro

OnePlus 9 Pro adalah peranti flagship yang menampilkan sistem kamera Hasselbald yang terbaik didalam kerjasama pertama ini.

Sensor utama OnePlus 9 Pro adalah sensor 48MP Sony IMX789 yang menampilkan teknologi kamera terkini iaitu dual ISO, Digital Overlap HDR (DOL-HDR) dan 2×2 on-chip lens (OCL) serta OIS.

OnePlus Watch kini rasmi dengan skrin OLED dan 2 minggu jangka hayat bateri

Sensor ini mampu menghasilkan gambar 12-bit RAW dan terdapat juga mod Hasselbald Pro yang memberikan anda lebih banyak kebebasan tetapan pada gambar.

Selain itu, sensor utama ini juga membolehlkan rakaman video 8K dilakukan pada 30fps manakala video 4K boleh diambil pada kadar 120fps.

Dalam pada itu, OnePlus 9 Pro juga menampilkan satu lagi sensor daripada Sony iaitu sensor ultrawide 50MP Sony IMX766 dengan freeform lens dan ianya boleh dikatakan sebagai sensor ultrawide yang paling tinggi resolusi dipasaran.

Selain itu, OnePlus 9 Pro juga dilengkapi satu sensor monokrom 2MP dan sensor telefoto 8MP yang menawarkan pengzooman optikal 3.3x dan sensor ini juga mempunyai OIS.

Selain itu, sistem pemfokusan auto pada OnePlus 9 Pro juga menyaksikan ciri pengambilan fotografi makro pada jarak 4cm disertakan.

Beralih kepada skrin, OnePlus 9 Pro menampilkan skrin paparan Fluid Display 2.0 iaitu panel skrin LTPO yang menjanjikan hampir 50% penjimatan tenaga dan ianya juga memiliki kadar segar semula 120Hz (kadar segar semula berubah antara 1-120Hz bergantung kepada keperluan kandungan pada skrin).

Skrin paparan OnePlus 9 Pro ini memiliki resolusi QHD+ dan telah menerima pensijilan A+ daripada DisplayMate.

OnePlus 9 Pro hadir dengan cipset terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 888 dan ianya dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM jenis LPDRR5 dan dua kapasiti storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB dan 256GB.

Selain itu, sistem penyejukan Cool Play pada OnePlus 9 Pro ini adalah yang berdasarkan sistem penyejukan OnePlus 8T, namun dengan ruang wap yang lebih besar, kepingan grafit yang lebih tebal dan lebih banyak kerajang tembaga untuk kemampuna menarik haba yang lebih tinggi.

Selain itu, OnePlus 9 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas Warp Charge 65T yang memberikan pengecasan 0-100% dalam masa 29 minit selain pengecasan tanpa wayar Warp Charge 50W yang mampu menawarkan pengecasan penuh 0-100% dalam masa 43 minit sahaja.

Menyentuh sedikit mengenai reka bentuk, OnePlus 9 Pro hadir dengan rangka aluminum yang nipis diantara dua panel gelas dan terdapat juga pensijilan kalis air dan habuk IP68.

OnePlus 9 Pro akan ditawarkan  didalam Morning Mist sahaja.

OnePlus 9

OnePlus 9 juga hadir dengan kamera Hasselblad namun menggunakan sensor yang berbeza dimana sensor utama pada telefon pintar ini adalah sensor lama Sony IMX689 namun resolusi masih sama iaitu 48MP dengan 2×2 on-chip lens, dual native ISO dan output gambar 12-bit RAW. manakala DOL-HDR digantikan dengan HDR yang biasa.

Selain itu, pengstabilan OIS juga tidak ditawarkan manakala rakaman video 4K kini hanya pada kadar 60fps namun rakaman video 8K masih boleh dilakukan pada kadar 30fps dan masih terdapat mod Haseelbald Pro.

Dalam pada itu, OnePlus 9 juga kekal menggunakan sensor utama yang sama seperti pada OnePlus 9 Pro iaitu sensor 50MP Sony IMX766 dengan freeform lens dan kebolehan fotografi makro pada jarak 4cm. Sensor monokrom 2MP juga disertakan namun sensor telefoto tidak disertakan.

Beralih kepada skrin, OnePlus 9 menawarkan skrin paparan Fluid Display generasi pertama yang mana ianya mempunyai kadar segar semula 120Hz (bukan adaptive) dengan saiz paparan AMOLED ini adalah 6.55-inci dengan resolusi hanya FHD+ (kadar kecerahan maksima adalah 1,100 nits dan terdapat pensijilan HDR10+).

OnePlus 9 juga hadir dengan cipset Snapdragon 888 dan ianya dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM jenis LPDRR5 dan dua kapasiti storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB dan 256GB serta sistem penyejukan Cool Play.

Selain itu, OnePlus 9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas Warp Charge 65T yang memberikan pengecasan 0-100% dalam masa 29 minit  dan disertakan dengan pengecasan tanpa wayar 15W Qi Charging namun versi yang mempunyai pengecasan tanpa wayar ini hanya akan ditawarkan di pasaran Eropah dan Amerika Utara sahaja.

Selain itu, kedua-dua telefon pintar OnePlus 9 ini juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, haptic motor dan kamera selfie 16MP.

OnePlus 9 ditawarkan didalam warna Astral Black sahaja

Harga OnePlus 9 Pro 5G dan OnePlus 9 5G di Malaysia

OnePlus 9 Pro 5G akan ditawarkan didalam satu varian iaitu 12/256GB pada harga RM 4,299 namun ianya adalah untuk Fan Special Gift Bundle yang hadir dengan 2 tahun waranti, OnePlus Buds White, OnePlus WarpCharge 50W Wireless Charger, OnePlus WarpCharge 65W Power Adapter dan OnePlus 9 Pro Karbon Bumper Case.

OnePlus 9 Pro 5G Fans Special Gift Bundle ini akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada pada 18 Mei ini didalam kuantiti terhad.


OnePlus 9 5G pula akan ditawarkan didalam varian 12/256GB pada harga RM 3,699 dan anda juga akan menerima 2 tahun waranti berserta dengan OnePlus Buds Z.

Anda boleh mendapatkan OnePlus 9 Pro di Shopee mulai 18 Mei manakala jualan secara offline pula akan bermula 22 Mei.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.