Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan – menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan - menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag 9
Apple secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini iOS 14.5 dan WatchOS 7.4 yang membawakan beberapa ciri baharu bagi pengguna iPhone dan Apple Watch secara khususnya.

Ciri utama yang ditawarkan adalah anda kini boleh’unlock’ telefon pintar anda di Apple Watch sekiranya anda memakai topeng muka dan fungsi ‘unlock with Apple Watch’ telah ditambah pada bahagian tetapan.

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan - menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag 10

Selain itu, satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan adalah App Tracking Transparency yang membolehkan anda mengawal aplikasi merekodkan aktiviti anda dan berkongsi maklumat ini dengan pihak lain.

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan - menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag 11

Dalam pada itu, iOS 14.5 juga membawakan sokongan bagi alat pengesan AirTag dengan kemaskini aplikasi Find My.

Selain itu, iOS 14.5 juga membawakan rekalibirasi Battery Health yang akan memberikan anda gambaran yang lebih tepat mengenai kualiti bateri anda dan ianya akan mengambil masa beberapa minggu untuk selesai namun hanya bagi siri iPhone 11.

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan - menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag 12

Lain-lain ciri baharu yang ditawarkan pada iOS 14.5 adalah beberapa emoji baharu, perkongsian lirik melalui aplikasi Apple Music dan sokongan alat kawalan Xbox dan PlayStation 5.

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan - menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag 13
Laporan Kemalangan kini boleh dilakukan pada Apple Maps

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.