Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Q3 Pro 5G kini rasmi – Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 13Susulan pelancaran realme 8 Pro di Malaysia, syarikat ini juga telah memperkenalkan realme Q3 Series di China.

realme Q3 dan realme Q3i kini rasmi – peranti 5G mampu milik pada harga serendah RM 632

realme telah memperkenalkan tiga telefon pintar didalam siri ini iaitu realme Q3, realme Q3i dan realme Q3 Pro yang mana semuanya menyokong 5G dan ditawarkan pada harga dari CNY 999 (RM 632) sahaja di pasaran China.

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 14

realme Q3 Pro

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 15

realme Q3 Pro merupakan model paling premium dan ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 16

Beralih kepada bahagian dalaman, realme Q3 Pro  hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1100, 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB.

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 17

Pada bahagian kamera pula, realme Q3 Pro tampil dengan sensor utama 64MP bersama-sama dua sensor yang boleh dikatakan ditawarkan pada hampir semua telefon pintar realme iaitu sensor ultrawide 119° 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 18

realme Q3 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 30W

Lain-lain spesifikasi realme Q3 Pro 5G juga memiliki sensor capjari dalam skrin, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio, realme UI 2.0, sistem penyejukan Vapor Chamber dan bicu audio 3.5mm.

realme Q3 Pro 5G kini rasmi - Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138 19
realme Q3 Pro ditawarkan dalam 3 warna iaitu Firefly , Electric Blue dan Gravity Black

Berikut adalah harga realme Q3 5G Pro :

realme Q3 Pro 8/128GB – CNY 1,799 (RM 1,138)

realme Q3 Pro 8/256GB – CNY 1,999 (RM 1,265)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.