Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Q3 dan realme Q3i kini rasmi – peranti 5G mampu milik pada harga serendah RM 632

Selain realme Q3 Pro, realme juga telah memperkenalkan realme Q3 dan realme Q3i.

Baca : realme Q3 Pro 5G kini rasmi – Cip Dimensity 1100, Skrin AMOLED 120Hz pada harga sekitar RM 1,138

realme Q3 5G

realme Q3 5G hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Cipset yang digunakan pada realme Q3 adalah Snapdragon 750G, 6 atau 8GB RAM dan ianya dipadankan dengan storan dalaman 128GB.

Selain itu, realme Q3 Pro juga memiliki kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Pada bahagian bateri, realme Q3 menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Lain-lain spesifikasi realme Q3 adalah sensor capjari sisi pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, stereo speaker dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio, realme UI 2.0 dan sistem penyejukan Vapor Chamber.

Berikut adalah harga bagi realme Q3 di China :

realme Q3 5G 6/128GB – CNY 1,299 (RM 822)

realme Q3 5G 8/128GB – CNY 1,399 (RM 885)


realme Q3i

realme Q3i merupakan model paling murah didalam Q3 Series namun ianya masih menawarkan sokongan 5G.

realme Q3i menampilkan skrin paparan yang sama seperti realme Q3 iaitu panel LCD 6.5-inci dengan resolusi FHD+ namun kadar segar semula hanya 90Hz.

Cip pemprosesan yang digunakan pada realme Q3i adalah Dimensity 700, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dengan storan dalaman adalah 128GB.

Pada bahagian kamera pula, realme Q3i mempunyai sensor 48MP, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP.

realme Q3i juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W, realme UI 2.0 dan sensor capjari pada butang kuasa di sisi.

Berikut adalah harga realme Q3i

realme Q3i 4/128GB – CNY 999 (RM 632)

realme Q3i 6/128GB – CNY 1,099 (RM 695)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.