Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro kini rasmi dengan Cip M1, panel mini-LED 120Hz pada harga dari RM 3,499


Apple secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu iPad Pro dan ianya hadir dengan cip pemprosesan Apple M1 yang menawarkan 50% peningkatan prestasi CPU dan 40% peningkatan prestasi GPU berbanding cip A12Z.

Apple iPad Pro ini hadir didalam dua saiz iaitu 11-inci dan 12.9-inci dimana varian yang lebih besar hadir dengan panel skrin mini-LED yang dikenali dengan nama Liquid Retina XDR dan ianya menawarkan kadar kecerahan maksima 1,600nits dan menyokong format imej HDR10, Dolby Vision dan HLG.

Kedua-dua iPad Pro ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz atau ProMotion namun iPad Pro 11” hanya tampil dengan panel LCD sahaja.

Selain itu, kamera hadapan kedua iPad Pro ini menampilkan satu sensor TrueDepth 12MP dan sensor ultrawide 122° dengan teknologi Centre Stage yang memastikan anda sentiasa di tengah bingkai secara automatik ketika panggilan video.

Pada bahagian belakang pula, iPad Pro ini tampil dengan sensor utama 12MP,  sensor ultrawide 10MP dan sensor LiDAR namun pengunaan cip M1 meningkatkan lagi kebolehan kamera kedua-dua tablet ini.

Berikut adalah harga iPad Pro di Malaysia :

iPad Pro 11-inci 128GB WiFi – RM 3,499

iPad Pro 11-inci 256GB WiFi – RM 3,949

iPad Pro 11-inci 512GB WiFi – RM 4,849

iPad Pro 11-inci 1TB WiFi – RM 6,649

iPad Pro 11-inci 2TB WiFi – RM 8,449

iPad Pro 12.9-inci 128GB WiFi – RM 4,799

iPad Pro 12.9-inci 256GB WiFi – RM 5,249

iPad Pro 12.9-inci 512GB WiFi – RM 6,149

iPad Pro 12.9-inci 1TB WiFi – RM 7,949

iPad Pro 12.9-inci 2TB WiFi – RM 9,749

*untuk versi 5G tambahan RM 650 dari harga versi WiFi

Tarikh jualan iPad Pro 2021 di Malaysia masih belum diketahui.

Alat Pengesan Apple AirTag kini rasmi – RM 149 setiap satu

Apple iPhone 12 & iPhone 12 Mini kini ditawarkan didalam warna Purple

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.