Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A32 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,199

Samsung Galaxy A32 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,199 9
Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan Galaxy A32 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,119.

Penawaran Galaxy A32 5G ini menyusul selepas Galaxy A32 4G mula ditawarkan di Malaysia pada awal bulan ini dengan harga RM 1,099.

Samsung Galaxy A32 5G menampilkan skrin paparan Super AMOLED 90Hz Infinity-U berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+.

Selain itu, Samsung Galaxy A32 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 720 5G, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A32 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,199 10

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A32 dilihat menampilkan tetapan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

Samsung Galaxy A32 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,199 11

Beralih kepada bahagian bateri, Samsung Galaxy A32 menawarkan kapasiti bateri yang sama seperti pada Galaxy A72 iaitu 5,000mAh namun kadar pengecasan pantas adalah 15W sahaja.

Samsung Galaxy A32 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,199 12

Samsung Galaxy A32 5G ditawarkan didalam 4 warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet.

Selain itu, setiap pembelian Galaxy A32 5G juga akan menerima satu Soft Clear Cover  secara percuma.

Beli Galaxy A32 5G di Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.