Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship


Sony secara rasminya telah memperkenalkan tiga telefon pintar baharu pada Xperia Event malam tadi dan dua daripada model tersebut adalah peranti flagship Xperia 1 III dan Xperia 5 III.

Sony Xperia 1 III

Sony Xperia 1 III hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci dengan aspek ratio 21:9 untuk pengalaman visual cinematik dan panel ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz serta HDR.

Sony Xperia 5 III

Sony Xperia 5 III pula hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci dengan resolusi FHD (21:9) namun masih menawarkan kadar segar semula 120Hz dan HDR.

Selain itu, Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III hadir dengan cip Snapdragon 888 dimana Xperia 1 III dipadankan dengan 12GB RAM bersama-sama dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Seterusnya, Xperia 5 III pula ditawarkan dengan 8GB RAM juga bersama-sama dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Kedua-dua telefon pintar Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III menampilkan penggunaan tiga sensor 12MP iaitu sensor utama 12MP f/1.7 dengan OIS, sensor Ultrawide 12MP f/2.2 yang juga mempunyai pemfokusan auto dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan kadar zoom optik 2.9x dan 4.4x selain aperture yang boleh ditetapkan pada kadar f/2.3 atau f/2.8. Xperia 1 III juga mempunyai tambahan sensor 3D iToF.

Selain itu, kadar zoom digital kini mencapai jarak 300mm dan Sony memberikanya nama AI super resolution zoom.

Kamera Sony Xperia 5 III kehilangan sensor 3D iToF

Selain itu, kamera kedua-dua model flagship Xperia ini juga memiliki lensa ZEISS dengan T coating, pemfokusan auto real-time Eye, Optical SteadyShot dan rakaman video 4K pada 120fps. Kamera selfie adalah 8MP

Beralih kepada bateri, Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III memiliki bateri yang sama iaitu 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W dan Sony juga menjanjikan sehingga 3 tahun jangka hayat bateri yang baik.

Dalam pada itu, Sony Xperia 1 III juga mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar.

Akhir sekali, Sony Xperia 1 III tampil dengan lapisan gelas keselamatan Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan manakala pada bahagian belakang terdapat lapisan gelas Gorilla Glass 6. (Xperia 5 III menggunakan gelas Gorilla Glass 6 dibahagian hadapan dan belakang).

Kedua-dua telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP65/68.

Sony Xperia 1 III akan ditawarkan didalam warna Frosted Black, Frosted Gray dan Frosted Purple manakala Xperia 5 III pula ditawarkan didalam warna Black, Green dan Pink.

Harga Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III masih belum diumumkan.

Tonton video pengenalan rasmi Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III di bawah :

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.