Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno5f kini di Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja

Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno5f ke pasaran Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja

Oppo Reno5f hadir dengan skrin paparan AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci (1080×2400) yang mempunyai kadar pensampelan sentuhan skrin 135Hz, kadar kecerahan maksima 800nits dan sensor capjari bawah skrin.

Pada bahagian belakang, Oppo Reno5f menampilkan 4 sensor iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 119° 8MP, sensor makro dan sensor monokrom manakala kamera selfie adalah 32MP.

Selain itu, Oppo Reno5f hadir dengan cipset MediaTek Helio P95 berkelajuan 2.2GHz, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada bahagian bateri pula, Reno5f mempunyai bateri berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan VOOC 30W dan terdapat juga antaramuka ColorOS 11 yang berasaskan Android 11.

Oppo Reno5f kini mula dibuka untuk penjualan melalui pelbagai saluran rasmi termasuk di Lazada dan Shopee.

Bagi pembelian Oppo Reno 5f di Shopee dan Lazada, anda boleh mendapatkan Oppo Enco W1 pada harga RM 1 sahaja (dari 15 April hingga 23 Mei 2021).

Selain itu, bagi ahli My Oppo, anda juga boleh menikmati diskaun tambahan RM 100 dan juga menebus baucar tiket & pop-corn combo GSC percuma di aplikasi ini (terhad kepada 1,000 penebusan pertama).

Selain Reno5f, Oppo Malaysia turut mengumumkan penawaran Oppo Band pada harga RM 159 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.