Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Televisyen HUAWEI Vision S Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Televisyen HUAWEI Vision S Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 3
Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa televisyen HUAWEI Vision S akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini dan maklumat lanjut mengenai pelancaran tempatan akan diumumkan pada 20 April ini.

Selain itu, Malaysia juga menjadi pasaran global pertama untuk menerima siri HUAWEI Vision S Series  (selepas China) dan ianya akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 55-inci dan 65-inci.

HUAWEI Vision S adalah produk revolusi terbaru oleh HUAWEI yang menyokong strategi Seamless AI Life dan seterusnya mendorong konsep “1 + 8 + N” di sempurnakan lagi dengan produk seperti HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI Sound X dan HUAWEI WiFi AX3.

HUAWEI Vision S Series adalah sebuah televisyen yang mempunyai fungsi lebih dari sebuah televisyen pintar dan kami juga telah diberi peluang untuk mencuba sendiri HUAWEI Vision S Series sebelum pelancaran di Malaysia.

Baca ULASAN HUAWEI Vision S Series

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.