Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 30A kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja


realme Narzo 30A telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 500 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 499 pada jualan pertama di Shopee.

realme Narzo 30A  hadir dengan skrin paparan mini-drop fullscreen berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Helio G85,  4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Selain itu, realme Narzo 30A juga hadir dengan tetapan dwi-kamera iaitu sensor utama 13MP dan sensor potret B&W 2MP selain kamera selfie HD 8MP.

realme Narzo 30A juga hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang mempunyai teknologi pengecasan 18W.

realme Narzo 30A akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Laser Blue dan Laser Black.

realme Narzo 30A akan mula ditawarkan di Malaysia pada 4 April ini di Jualan Shopee 4.4 Mega Shopping Day 2021 pada harga RM499 sahaja.

Dapatkan realme Narzo 30A di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.