Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Buds Pro – TWS terbaik Galaxy dengan ANC dan Voice Detect

Pengenalan

Pada majlis Unpacked 2021 pertama tahun ini, Siri Samsung Galaxy S21 mungkin mengambil pentas utama pelancaran, namun tidak dapat dinafikan bahawa pelancaran TWS earbuds terbaru Samsung iaitu Galaxy Buds Pro juga mencuri tumpuan.

Berdasarkan maklumat ketika pelancaran, Samsung Galaxy Buds Pro merupakan antara earbuds terbaik diluar sana dan ianya adalah model yang akan menggantikan Galaxy Buds+ sebagai TWS terbaik dari syarikat ini.

Samsung Galaxy Buds Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 dan ianya boleh didapati didalam tiga pilihan warna iaitu Black, Phantom Violet dan Silver.

Selain itu, jika anda merupakan antara pembeli terawal Samsung Galaxy S21+ atau Galaxy S21 Ultra, anda juga pasti telah menerima Galaxy Buds Pro secara percuma.

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Buds Pro menampilan satu bekas pengecasan didalam bentuk segi empat yang lebih menyerupai bekas Galaxy Buds Live.

Warna bekas pengecasan ini adalah didalam kemasan matte mengikut warna pilihan anda (unit reviu kami adalah didalam warna hitam).


Pada bahagian atas bekas pengecasan terdapat logo Samsung dengan perkataan ‘Sound by AKG’ manakala pada bahagian belakang, terdapat slot pengecasan USB-C.

Bercakap mengenai kotak pembungkusan Galaxy Buds Pro, anda akan menerima satu kabel pengecasan USB-C dan tiga saiz eartip dimana dua diletakkan didalam satu kotak mini manakala satu siap dipasang pada Galaxy Buds Pro anda.

Daripada tiga saiz eartip ini, pasti anda yang sesuai dan selesa untuk cuping telinga anda.

Bercakap mengenai reka bentuk earbuds Galaxy Buds Pro ini, ianya tampil dengan reka bentuk in-ear yang turut disertakan dengan ciri pembatalan bunyi aktif atau ANC.

Ini memberikan anda satu pengalaman audio yang lebih imersif namun kekuranganya adalah eartip dengan reka bentuk ini sedikit kurang selesa apabila dipakai untuk tempoh yang lama.


Teknologi Intelligent ANC & Voice Detect

Walaupun teknologi pembatalan bunyi bukan sesuatu yang baru pada TWS premium dipasaran, Samsung Galaxy Buds Pro disertakan dengan satu ciri pembatalan bunyi bising yang lebih pintar.

Teknologi ANC pada Samsung Galaxy Buds Pro menapis hampir 99% gangguan bunyi latar belakang melalui dua mikrofon yang diletakkan dibahagian dalam dan luar earbuds.

Kedua-dua mikrofon ini secara langsung mengawasi kadar gangguan bunyi dan menawarkan anda dua tetapan ANC seperti berikut :

ANC high – tetapan tertinggi ini adalah sangat berguna untuk menapis gangguan bunyi pada persekitaran yang amat bising seperti didalam bas awam dan pasaraya.

ANC low – tetapan ANC ini boleh digunakan pada persekitaran yang tidak memerlukan tahap pembatalan bunyi bising yang tinggi. Tetapan ini mungkin boleh digunakan pada persekitaran seperti didalam perpustakaan.

Dalam pada itu, hasil pengunaan kami juga mendapati bahawa Samsung Galaxy Buds Pro menawarkan tahap pembatalan gangguan bunyi yang sangat baik walaupun tanpa mengaktifkan ciri ANC ini.

Lebih menarik adalah, Samsung Galaxy Buds Pro juga hadir dengan ciri Voice Detect.

Voice Detect adalah satu mekanisma pintar yang ada pada Galaxy Buds Pro dimana buds terbaru Samsung ini akan beralih dari mod ANC ke mod Ambient apabila ianya mengesan suara anda.

Senario terbaik adalah apabila anda ingin membuat pesanan makanan atau minuman, earbuds anda secara pintar akan menghentikan muzik dan memfokuskan mikrofon kepada bunyi suara orang yang sedang bercakap dengan anda.

Ciri Voice Detect ini juga berfungsi walupun anda tidak menggunakan mod ANC.

Fungsi Voice Detect ini diaktifkan melalui akselerometer pada earbuds yang mengesan pergerakan rahang dan bertindak menghentikan muzik yang dimainkan didalam masa 10 saat selepas sensor ini mengesan anda sedang bercakap.

Selain itu, mod Ambient pada Samsung Galaxy Buds Pro juga memastikan anda sentiasa peka dengan apa yang berlaku pada sekeliling anda.

Dengan mod Ambient, anda tidak lagi perlu mencabut earbuds anda dari telinga untuk berbual dengan rakan atau dengan sesiapa sahaja yang anda mahu.

Algoritma pintar pada mod ini membolehkan bunyi persekitaran dipertingkatkan mengikut empat tahap yang anda mahu sekaligus memastikan anda tidak terlepas sebarang perbincangan penting.

Auto-Switch

Samsung Galaxy Buds Pro adalah satu peranti penting didalam ekosistem Galaxy dan earbuds ini telah dilengkapi ciri Auto-Switch yang membolehkan pengalaman audio dan muzik pada Galaxy Buds Pro beralih kepada dari satu peranti Galaxy kepada satu peranti Galaxy yang lain.

Sebagai contoh adalah, anda sedang menonton filem kegemaran anda pada Galaxy Tab S7 namun anda telah menerima panggilan pada Galaxy S21 Ultra, fungsi Auto-Switch ini akan menghentikan filem yang dimainkan dan memberikan anda akses untuk menjawab panggilan yang diterima pada telefon pintar anfa melalui Galaxy Buds Pro ini.

Sesudah sahaja anda menamatkan panggilan, earbuds anda akan beralih semula kepada audio pada tablet dan menyambung semula filem yang anda tonton.

360° Audio dengan teknologi Dolby Head Tracking

Teknologi ini memberikan anda pendengaran 360° yang imersif dengan sentiasa mengkalibrasi audio mengikut pergerakan kepala dan memastikan anda sentiasa “berada di tengah-tengah rancangan video, filem atau rancangan TV kegemaran anda”.

Ciri boleh diaktifkan pada bahagian Advance aplikasi Samsung Wearable App namun memerlukan peranti Samsung yang memiliki antaramuka OneUI 3.1 dan ke atas.


Jangka Hayat Bateri

Samsung Galaxy Buds Pro menjanjikan anda pendengaran muzik yang lebih lama berbanding mana-mana earbuds keluaran syarikat ini.

Anda langsung tidak perlu risau tentang kehabisan bateri kerana dengan pengecasan penuh, anda boleh menikmati sehingga 8 jam pendengaran dan ini belum lagi mengambil kira pengecasan melalui bekas pengecasan yang memberikan anda tambahan 20 jam pendengaran .

Walaubagaimanapun apabila mod ANC diaktifkan, bateri 61mAh yang ada pada earbuds memberikan anda sehingga 5 jam pengunaan manakala bekas pengecasan menawarkan anda tambahan sehingga 13 jam pendengaran dengan mod ANC (bekas pengecasan mempunyai bateri berkapasiti 472mAh).

Selain itu, bekas pengecasan ini boleh dicas melalui slot USB-C pada bahagian belakang atau menggunakan pad pengecasan tanpa wayar Qi.

Lebih menarik, anda juga boleh menggunakan telefon pintar flagship Samsung seperti Galaxy S21 Ultra untuk mengecas Galaxy Buds Pro melalui fungsi Wireless PowerShare.

5 minit pengecasan memberikan anda satu jam pengunaan Galaxy Buds Pro manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 60 minit sahaja.

Kualiti Audio

Sebelum bercakap mengenai kualiti audio pada Galaxy Buds Pro, harus kami perkatakan bahawa ini adalah sepasang earbuds yang sangat lantang pernah kami cuba.

Walaubagaimanapun kelantangan sahaja tidak mampu menambat hati pengguna dan Samsung dengan kerjasama AKG telah menghasilkan satu ramuan yang sempurna untuk menawarkan kesimbangan didalam penghasilan semula audio.

Samsung telah menyertakan speaker 2 arah dengan woofer berukuran 11mm untuk penghasilan bass penuh dan satu tweeter 6.5mm untuk memastikan kualiti muzik yang dimainkan sentiasa lancar dan terang.

Dengan talaan daripada AKG, Samsung Galaxy Buds Pro memberikan anda pendengaran audio dan kualiti panggilan yang sangat baik dan setimpal dengan harga yang anda bayar.

Aplikasi Samsung Galaxy Wearable

Walaupun boleh disambungkan kepada mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth, aplikasi khas untuk Samsung Galaxy Buds Pro adalah Samsung Wearable yang boleh didapati di Google Play Store atau Apple App Store namun pencarian oleh kami di Apple App Store tidak menemui aplikasi ini.

Penjagaan & Pembersihan Galaxy Buds Pro

Bagi memastikan pengalaman audio pada Galaxy Buds Pro kekal sama seperti pada hari pertama anda memakai earbuds ini, pembersihan yang kerap adalah sesuatu yang wajib anda lakukan.

Berikut adalah cara dan tips untuk membersihkan Samsung Galaxy Buds Pro anda :

Samsung Galaxy Buds Pro juga hadir dengan pensijilan kalis IP67 yang bermaksud anda boleh menggunakan buds ini ketika melakukan aktiviti kecergasan mahupun ketika hujan.

Walaubagaiamanpun, pastikan Samsung Galaxy Buds Pro anda betul-betul kering sebelum dimasukkan semula kedalam bekas pengecasan.

Akhir Kata

Samsung Galaxy Buds Pro adalah satu salah TWS premium terbaik dipasaran dan penambahan ciri ANC membolehkan earbuds Samsung ini mencabar Apple iPod Pro dari semua aspek.

Anda kini boleh mendapatkan Samsung Galaxy Buds Pro pada harga RM 799 dan setiap pembelian Buds Pro ini juga akan menerima Strap Cover yang bernilai RM99 secara percuma.

Strap Cover adalah satu kerangka pelindung dengan tali yang memberikan perlindungan kepada bekas pengecasan Buds Pro daripada calar.

Dapatkan Samsung Galaxy Buds Pro di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.