Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 ciri Samsung Galaxy S21 Ultra yang patut anda ketahui


Pelancaran Samsung Galaxy S21 Ultra pada pertengahan bulan Januari telah menyaksikan syarikat gergasi Korea ini kini kembali menerajui pasaran telefon pintar flaghsip global.

Hasil ulasan menyeluruh Samsung Galaxy S21 Ultra, kami berpendapat bahawa Samsung telah membentulkan pelbagai kekurangan yang ada pada Galaxy S20 Ultra sekaligus menjadikan generasi telefon pintar Ultra tahun adalah setimpal dengan namanya.

ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

Walaupun Samsung telah memutuskan untuk tidak lagi menawarkan adapter pengecasan didalam kotak, kami berpendapat bahawa Samsung telah ’menebus’ kekurangan kini dengan menawarkan beberapa ciri tambahan yang pasti menarik minat pengguna.

Berikut adalah 5 ciri Samsung Galaxy S21 Ultra yang patut anda ketahui.

Skrin Paparan QHD+ 120Hz

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.8-inci yang boleh dikelaskan sebagai panel skrin terbaik pada telefon pintar.

Skrin paparan Samsung Galaxy S21 Ultra juga boleh dikatakan sebagai satu-satunya panel skrin yang menyokong kadar segar semula 120Hz pada resolusi QHD+ dan bukanya 1080p seperti pada kebanyakkan telefon pintar lain dipasaran.

Selain itu, skrin paparan telefon pintar flagship Samsung ini juga memiliki kadar kepadatan piksel yang sangat tinggi iaitu 515ppi dan penghasilan warna pada kandungan juga lebih semulajadi.

Demi memastikan skrin dan bahagian belakang telefon pintar ini dilindungi dengan baik, Samsung telah memilih panel gelas keselamatan terbaik dipasaran iaitu Gorilla Glass Victus.

Lapisan gelas Gorilla Glass Victus ini dijangka mampu melindungi peranti anda dari calar dan jatuhan yang biasa berlaku didalam kehidupan harian tanpa sebarang masalah.

Exynos 2100 kini hampir setaraf Snapdragon 888

Isu Samsung menggunakan dua jenis cipset pada telefon pintar flagship mereka bukan sesuatu dan rata-rata pengguna sedikit terkilan dengan tindakan ini.

Walaubagaimanapun, Samsung telah mendengar keluhan pengguna dan pengunaan cipset Exynos 2100 pada Galaxy S21 Ultra adalah permulaan terbaik daripada syarikat gergasi Korea ini.

Cipset Exynos 2100 ini hadir dengan proses fabrikasi 5nm yang sama seperti pemproses Snapdragon 888 keluaran Qualcomm (Samsung mengkilangkan kedua-dua cipset ini).

Samsung mendakwa bahawa Exynos 2100 kini menawarkan pengguna kuasa pemprosesan AI 2 kali lebih pantas, pemprosesan GPU yang 35% lebih pantas dan CPU yang 20% lebih pantas berbanding siri Galaxy S20 yang dilancarkan tahun lalu.

Teknologi Kamera 108MP dengan Space Zoom 100x

Samsung Galaxy S21 Ultra menampilkan kebolehan kamera yang terbaik dipasaran dimana telefon pintar ini menampilkan pengunaan sensor kamera dengan resolusi tertinggi dipasaran.

Sensor utama Samsung Galaxy S21 Ultra adalah unit 108MP sensor ISOCELL HM3 yang menampilkan teknologi Nona-Pixel Bayer iaitu pixel binning 9-dalam-1.

Sensor 108MP ini membuka lembaran fotografi yang baru pada siri Galaxy S21 ini dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide angle 12MP dan dua sensor zoom yang menawarkan anda teknologi Space Zoom 100x.

Teknologi Space Zoom pada Galaxy S21 Ultra juga boleh digunakan untuk mengambil gambar bulan

Teknologi Space Zoom 100x membolehkan fotografi jarak jauh kini lebih berkualiti dan ciri juga kini membolehkan anda mengambil gambar bulan yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar Samsung.

Phantom Black – warna hitam matte idaman ramai

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir didalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Phantom Silver.

Jika anda tidak tahu, warna hitam matte merupakan satu warna idaman yang tidak pernah ditawarkan oleh kebanyakkan pengeluar telefon pintar utama dunia.

Melihat kepada betapa Samsung memfokuskan kepada warna Phantom Black ketika pelancaran, Samsung sedar bahawa mereka telah memenuhi hajat ramai peminat yang ingin memiliki telefon pintar dengan kemasan hitam matte.

Kemasan matte pada gelas juga memberikan Galaxy S21 Ultra satu penampilan yang kemas tanpa sebarang capjari.


Kapasiti RAM & Storan Dalaman

Samsung Galaxy S21 Ultra merupakan puncak kepada teknologi telefon pintar Samsung dan ianya juga disertakan dengan kapasiti RAM jenis LPDRR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1 yang besar.

Samsung menawarkan dua varian Galaxy S21 Ultra di Malaysia iaitu versi 12GB RAM yang dipadankan dengan 256GB storan dalaman manakala versi 16GB RAM pula tampil dengan 512GB storan dalaman.

Harga penjualan Samsung Galaxy S21 Ultra adalah RM 5,299 manakala versi 16/512GB pula ditawarkan pada harga RM 5,899.

Untuk maklumat promosi terbaru Samsung, layari Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.