Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia

 

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia

Siri Samsung Galaxy S21 Kini di Malaysia!

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Siri Galaxy S21 baru-baru ini dan siri telefon pintar ini menyaksikan Samsung melancarkan tiga model didalam generasi baru Galaxy S ini iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

Sebagai antara pasaran terpenting bagi Samsung, Peminat di Malaysia telah diberikan pilihan untuk melakukan pra-tempahan siri Galaxy S21 sejurus selepas majlis pelancaran telefon pintar ini selesai dan ianya akan dibuka sehingga 28 Januari 2021.

Atas ihsan Samsung Mobile Malaysia, kami telah menerima unit reviu Samsung Galaxy S21 Ultra 5G iaitu didalam warna Phantom Silver dan ini adalah kisah cinta pandang pertama kami dengan telefon pintar flagship terhebat Samsung ini.

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra, berikut adalah sedikit maklumat harga jualan Siri Samsung Galaxy S21 di Malaysia :

Samsung Galaxy S21 5G 8/256GB – RM 3,699

Samsung Galaxy S21+ 5G 8/256GB – RM 4,299

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 12/256GB – RM 5,299

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 16/512GB – RM 5,899

Kotak Pembungkusan Yang Lebih Nipis

Tahun 2021 mungkin menyaksikan lebih banyak pengeluar telefon pintar mula mengambil tindakan proaktif didalam melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini mendapat reaksi baik dan buruk daripada peminat.

Kotak pembelian siri Galaxy S21 kini hanya memiliki telefon pintar pilihan anda, pin SIM dan beberapa risalah seperti manual pengguna dan waranti.

Kandungan Didalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21 Ultra

Ini bermaksud buat pertama kali didalam sejarah telefon pintar Samsung, tiada adapter dan earphone disertakan didalam bekas pengecasan.

Ini menjadikan kotak pembelian Samsung Galaxy S21 Ultra yang lebih nipis dan kompak.

Samsung Galaxy S21 Ultra – Phantom Silver

Samsung Galaxy S21 Ultra boleh dibeli didalam warna Phantom Black atau Phantom Silver

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir didalam dua warna iaitu Phantom Black dan Phantom Silver yang mana kedua-duanya adalah warna yang sangat popular namun kami sedikit kecewa kerana tiada pilihan warna lain ditawarkan bagi model ini berbanding Galaxy S21+  yang ditawarkan didalam warna Phantom Violet, Phantom Black dan Phantom Silver.

Modul Kamera Unik Galaxy S21 Ultra

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S21 pula hadir didalam pilihan warna yang lebih banyak iaitu Phantom Violet, Phantom White, Phantom Gray dan Phantom Pink namun panel belakang yang digunakan adalah berlainan dari Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

Unit kami adalah warna Phantom Silver dan Samsung juga memberikan anda filem perlindungan siap pasang bagi skrin dan anda juga pasti gembira untuk mengetahui bahawa Galaxy S21 Ultra dilapisi gelas keselamatan paling kukuh keluaran Corning iaitu Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan dan belakang.

Kemasan gelas dibahagian belakang adalah didalam gilapan matte yang pastinya disambut baik kerana sifat anti capjari yang dimilikinya.

Skrin Paparan QHD+ dengan kadar segar 120Hz yang juga disokong pada resolusi QHD+.

Pengunaan skrin paparan QHD+ pada telefon pintar flaghsip Samsung bukan sesuatu yang baru, namun Galaxy S21 Ultra kini hadir dengan panel skrin QHD+ Dynamic AMOLED 2x yang menyokong kadar segar semula 120Hz pada resolusi tertinggi panel skrin ini.

Ini adalah satu penambahbaikan kerana pada Siri Galaxy S20 dan Note20 sebelum ini, anda hanya boleh menikmati pengalaman skrin dengan kadar segar semula 120Hz pada resolusi 1080p+ sahaja.

Pandangan pertama yang akan memberikan kesan yang mendalam adalah pada skrin dan walaupun hanya baru menerima telefon pintar ini, kami berani mengeluarkan dakwaan bahawa Galaxy S21 Ultra ini tampil dengan panel skrin terbaik dipasaran buat masa ini.

Skrin Paparan QHD+ yang digunakan pada Samsung Galaxy S21 Ultra mempunyai ukuran 6.8-inci yang menawarkan kadar ketepatan warna 100%.

Modul Kamera Terbaik untuk Kualiti Fotografi dan Video Yang Tiada Bandingan

Secara jujurnya, kamera bump pada Galaxy S21 Ultra pasti akan menarik perhatian anda kerana ianya adalah sedikit tebal.

Walaubagaimanapun apabila memikirkan teknologi yang tersembunyi disebalik modul kamera ini, anda pasti tidak sabar untuk menguji kemampuan sebenar kamera yang dimiliki telefon pintar terbaru Samsung ini.

Di atas kertas, Samsung Galaxy S21 Ultra menampilkan teknologi kamera yang sangat baik iaitu satu sensor utama wide 108MP yang merupakan resolusi tertinggi di pasaran, sensor ultrawide 12MP, sensor persikop 10MP yang memberikan anda zoom 10x hingga Space Zoom 100x dan sensor telefoto 10MP 3x serta pemfokusan auto laser.

Selain itu, pengambilan video pada Samsung Galaxy S21 Ultra kini juga membawa satu tahap videografi yang lebih baik.

Galaxy S21 menyokong rakaman video 8K dan pengambilan video menggunakan beberapa sensor secara serentak melalui ciri Director View.

Pemproses Exynos 2100 dan kapasiti RAM sehingga 16GB

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir dengan pemproses Exynos 2100 yang membawakan anda prestasi pemprosesan kelas flaghsip dan tidak lupa juga sokongan rangkaian 5G dan WiFi 6E.

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir didalam dua kapasiti RAM jenis LPDRR5 iaitu 12GB dan 16GB manakala storan bagi dua varian ini masing-masing adalah 256GB dan 512GB.

Pra-tempah sekarang dan dapatkan Galaxy Buds Pro serta Galaxy SmartTag secara percuma (RM 918)

Samsung Galaxy S21 Ultra kini boleh dipra-tempah di semua Samsung Experience Stores, Rakan Penjual Rasmi Samsung dan Samsung Malaysia Online Store.

Didalam tempoh PKP ini, kami menyarankan anda melakukan pra-tempahan secara atas talian di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.