Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi – skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi - skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi 13Oppo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro ke pasaran tempatan dan kedua-dua telefon pintar ini merupakan peranti 5G dengan harga penjualan kurang dari RM 2,000.

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi - skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi 14

Oppo Reno5 5G

Oppo Reno5 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dengan resolusi FHD+(2.5D) , pemproses Snapdragon 765G, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman jenis UFS 3.1.

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi - skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi 15

Selain itu, Oppo Reno 5G juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Oppo Reno5 5G turut disertakan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0, ColorOS 11.1 yang berasaskan Android 11 dan sensor capjari dalam skrin.

Oppo Reno5 akan hadir dengan harga penjualan RM 1,899 dan ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Starry Black dan Galactic Silver.

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi - skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi 16

Oppo Reno5 Pro 5G

Oppo Reno5 Pro 5G hadir dengan panel skrin 3D Borderless Sense berukuran 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan HDR10+.

Selain itu, Oppo Reno5 Pro 5G juga hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 1000+ yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi - skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi 17

Oppo Reno5 Pro 5G tampil dengan bateri berkapasiti 4,350mAh yang memiliki teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 yang mampu mengecas penuh peranti didalam masa 30 minit sahaja.

Beralih kepada kamera, Oppo Reno5 Pro 5G hadir dengan tetapan quad-kamera yang sama seperti Reno5 5G iaitu utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki oleh Oppo Reno5 Pro 5G adalah audio Dolby Atmos, ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan sensor capjari terbina pada skrin.

Oppo Reno5 Pro 5G dan Reno5 5G kini rasmi - skrin AMOLED 902 Hz, quad-kamera 64MP dan pemproses 5G berkuasa tinggi 18

Oppo Reno5 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Starry Black dan Galactic Silver dengan harga penjualan

Penjualan pertama bagi kedua-dua telefon pintar ini akan bermula pada 27 Januari 2021.

Pra-tempahan siri Oppo Reno5 kini dibuka – hadiah percuma bernilai RM 397 dan diskaun RM 200

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.