Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch S Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Januari ini

realme Watch S Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Januari ini 3

realme telah mengesahkan bahawa satu lagi model jam pintar keluaran syarikat ini iaitu realme Watch S Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Januari ini.

realme Watch S Pro secara asasnya adalah sama seperti realme Watch S namun dengan reka bentuk luaran yang lebih premium.

realme Watch S Pro hadir dengan pemproses ARM Cortex-M4 dan dilengkapi skrin paparan AMOLED always-on berukuran 1.39-inci dengan nisbah 454×454.

Selain itu, realme Watch S Pro juga diperbuat daripada keluli tahan karat dengan berat sekitar 63.5 gram yang termasuk tali jam yang diperbuat dari kulit vegan atau silikon.

realme Watch S Pro juga hadir dengan sensor degupan jantung, bacaan SpO2 untuk mengukur kadar oksigen dan pelbagai fungsi kecergasan lain termasuk 15 aktiviti sukan.

Selain itu, Watch S Pro juga memiliki fungsi GPS dwi-satellite berketepatan tinggi, kalis air 5ATM, 100 pilihan watch faces, bateri 420mAh dan banyak lagi.

Anda boleh menyaksikan majlis pelancaran realme Watch S Pro di Facebook realme Malaysia pada jam 12 tengah hari (21 Januari 2020).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.