Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9T 5G kini rasmi untuk pasaran global

Xiaomi Redmi Note 9T 5G kini rasmi untuk pasaran global 9
Selain Redmi 9T, Xiaomi juga telah melancarkan Redmi Note 9T ke pasaran global dan ianya adalah model Redmi Note 9 5G yang dilancarkan di China lewat tahun lalu.

Xiaomi Redmi 9T kini rasmi – Skrin FHD+, Snapdragon 662 & Bateri 6,000mAh pada harga dari RM 599 sahaja

Xiaomi Redmi Note 9T 5G kini rasmi untuk pasaran global 10

Redmi Note 9T hadir dengan pengunaan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U yang juga terbukti kehebatanya dan ianya juga dipadankan dengan storan UFS 2.2 selain kapasiti RAM 4GB.

Xiaomi Redmi Note 9T 5G kini rasmi untuk pasaran global 11

Selain itu, Redmi Note 9T 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.53-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan turut disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Pada bahagian kamera, Redmi Note 9T 5G memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP (118°) dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Selain itu, bateri yang dimiliki Redmi Note 9T 5G adalah lebih besar dari versi Pro iaitu 5,000mAh namun hanya dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Redmi Note 9T 5G menampilkan 7 antenna untuk isyarat perhubungan yang stabil, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo.

Xiaomi Redmi Note 9T 5G kini rasmi untuk pasaran global 12

Redmi Note 9T akan ditawarkan pada harga €229  (harga promosi €199) bagi versi 4/64GB manakala versi 4/128GB ditawarkan pada harga €269 (harga promosi €249).

Buat masa ini maklumat harga bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.