Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 9T kini rasmi – Skrin FHD+, Snapdragon 662 & Bateri 6,000mAh pada harga dari RM 599 sahaja

Xiaomi Redmi 9T kini rasmi - Skrin FHD+, Snapdragon 662 & Bateri 6,000mAh pada harga dari RM 599 sahaja 7
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Xiaomi secara rasminya telah memulakan tirai tahun 2021 dengan pelancaran telefon pintar global pertama mereka iaitu Redmi 9T yang akan memasuki pasaran Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

Redmi 9T memasuki pasaran Malaysia sebagai satu telefon pintar kelas entry-level terbaik yang akan ditawarkan untuk pembelian mulai 15 Januari 2021.

Xiaomi Redmi Note 9T 5G kini rasmi untuk pasaran global

Xiaomi Redmi 9T kini rasmi - Skrin FHD+, Snapdragon 662 & Bateri 6,000mAh pada harga dari RM 599 sahaja 8
Redmi 9T hadir dengan skrin paparan FHD+ Dot Drop berukuran 6.53-inci yang turut disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 manakala panel belakang hadir dengan corak beralun yang memberikan kemasan anti capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi 9T cipset 11nm Snapdragon 662 yang menawarkan pengguna prestasi yang lebih tinggi dan lebih efisien.

Redmi 9T ini akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB dan 6/128GB.

Redmi 9T tampil dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Xiaomi Redmi 9T kini rasmi - Skrin FHD+, Snapdragon 662 & Bateri 6,000mAh pada harga dari RM 599 sahaja 9

Beralih kepada bahagian bateri pula, Redmi 9T hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh dan ianya disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 18W (adapter pengecasan 22.5W disertakan dalam kotak pembelian).

Xiaomi Redmi 9T menawarkan sokongan Wi-Fi 2.4GHz/5GHz, IR Blaster, Bluetooth 5.0, FM Radio dan Dwi-SIM.

Xiaomi Redmi 9T akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Carbon Gray, Twilight Blue, Sunrise Orange, dan Ocean Green.

Xiaomi Redmi 9T akan ditawarkan dengan harga penjualan RM 599 bagi versi 4/64GB dan RM 699 bagi versi 6/128GB.

Penjualan akan bermula pada 15 Januari secara atas talian di Lazada dan Shopee atau secara offline di semua cawangan Mi Store dan wakil pengedar sah.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.