Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Race akan menjadi antara telefon pintar pertama untuk menggunakan Snapdragon 888

realme race
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship mereka akan hadir dengan cipset Snapdragon 888 yang baru diumumkan dan dikenali kod bernama “Race” dan dengan nombor model RMX2202.

realme Race akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan 256GB serta Android 11 dengan Realme UI 2.0 .

Selain itu, buat masa ini masih belum ada pengesahan samada realme Race akan hadir dengan teknologi pengecasan UltraDart 125W namun terdapat kemungkinan besar ianya ditawarkan pada telefon pintar flaghsip ini.

realme race

Pelancaran realme Race dijangka akan berlangsung sekitar Januari 2021 dan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini akan diketahui dari semasa ke semasa.

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.