Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11 kini rasmi di Malaysia – bila peranti realme anda akan menerima realme UI 2.0?

realme UI 2.0 update malaysia

Selain pelancaran realme narzo 20 Pro dan realme narzo, realme Malaysia juga telah mengesahkan realme UI 2.0 akan mula ditawarkan kepada pengguna tempatan tidak lama lagi.

realme UI 2.0 adalah antaramuka terbaru realme yang berasaskan sistem operasi Android 11.

realme UI 2.0 membawakan banyak ciri baru selain penambahbaikan berbanding realme UI 1.0

Berikut adalah ciri baru realme UI 2.0 :

  • Global Theme Colour –
  • Always On Display –  5 tema AOD sediada dan juga menawarkan penyesuaian mengikut citarasa
  • Dark mode – lebih baik dan menyeluruh
  • penyesuaian ikon
  • sokongan launcher pihak ketiga
  • Deep Sea Privacy Plan – perlindungan maklumat peribadi yang lebih baik
  • 32% peningkatan kelajuan sistem, 17% kestabilan bingkai, 45% pengunaan sumber sistem
  • Floating windows
  • Notification bar yang baru
  • Digital Health
  • Sleep Capsule

realme Malaysia juga telah mengesahkan bahawa realme X50 Pro akan menjadi telefon pintar pertama untuk menerima realme UI 2.0 ( mungkin pada penghujung bulan November 2020 – akses awal telah ditawarkan pada September 2020).

Selain itu, realme Malaysia tidak memberikan sebarang jangka masa penawaran kemaskini realme UI 2.0 bagi peranti realme yang lain namun berikut adalah tarikh anggaran penawaran akses awal realme UI 2.0 mengikut peranti.

November 2020

  • realme 7 Pro
  • realme narzo 20

Disember 2020

  • realme 6 Pro
  • realme 7
  • realme narzo 20 Pro
  • realme X2 Pro

Januari 2021

  • realme X3, realme X3 SuperZoom
  • realme X2
  • realme 6
  • realme C12
  • realme C15

Februari 2021

  • realme 6i
  • realme narzo 10

Mac 2021

  • realme C3
  • realme narzo 10A

Q2 2021

  • realme X
  • realme XT
  • realme 3 Pro
  • realme 5 Pro
  • realme narzo 20A

Visual realme UI 2.0

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.