Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate40 Pro dan Mate40 Pro+ kini rasmi – Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik dipasaran

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan siri telefon pintar Mate yang menyaksikan syarikat ini memperkenalkan Huawei Mate40, Huawei Mate40 Pro dan Huawei Mate40 Pro+.

Laporan pelancaran Huawei Mate40 boleh dibaca di SINI

Bercakap mengenai Huawei Mate40 Pro dan  Mate40 Pro+ ini, ianya hadir dengan reka bentuk panel belakang yang sama iaitu dengan reka bentuk kamera Space Ring dengan lengkungan 88-darjah pada kedua-dua sisi yang memberikan cengkaman yang kukuh.

Selain itu, Huawei Mate40 Pro dan Huawei Mate 40 Pro+ juga memiliki pensijilan kalis air IP68 manakala Huawei Mate40 hadir dengan pensijilan IP53.

Huawei Mate40 Pro dan Mate40 Pro+ tampil dengan pengguna skrin paparan Flex OLED 90hz berukuran 6.5-inci dengan resolusi 1334 x 2772 piksel yang juga mempunyai kadar pensampelan 240Hz.

Terus kepada kamera, Huawei Mate40 menampilkan tetapan quad kamera dibelakang iaitu sensor utama Super Sensing Wide 50MP yang merupakan sensor terbesar dipasaran. sensor utama ini juga di padankan dengan sensor ultrawide Cine Camera 20MP yang menggunakan lensa ‘free from’ dan sensor periskop 5x 12MP dan jarak zoom optikal 7x.

Selain itu, Huawei Mate40 Pro+ pula menampilkan sensor Super Sensing Wide 50MP, sensor ultrawide Cine 20MP, sensor periskop 10x 8MP, sensor telefoto 3x 12MP, sensor ToF dan jarak zoom optikal 17x.

Huawei Mate40 Pro dan Huawei Mate40 Pro+ hadir dengan cipset Kirin 9000 yang merupakan cipset 5nm yang disertakan dengan GPU 24-teras Mali-G78.

Selain itu, Huawei Mate40 Pro dan Huawei Mate40 Pro+ juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,400mAh yang menawarkan pengecasan pantas Huawei Wired Supercharge 66W manakala pengecasan tanpa wayar Huawei Wireless Supercharge adalah pada kadar 50W.

Huawei Mate40 Pro dan Huawei Mate40 Pro+ juga akan hadir dengan Dynamic AOD, Eyes On Display, pembesar suara dual stereo speaker, smart gesture control, EMUI 11 dan Huawei MeeTime.

Huawei Mate40 Pro akan hadir dengan harga penjualan €1199 (RM5,986) iaitu bagi varian 8/256GB manakala Huawei Mate40 Pro+ akan ditawarkan pada harga €1399 (RM 6,880) iaitu bagi varian 12/256GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.