Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook 14 akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini

HUAWEI MateBook 14 akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini 3
Penawaran komputer riba daripada Huawei terdiri daripada pelbagai model yang disesuaikan untuk setiap jenis pengguna di Malaysia.

Siri komputer riba HUAWEI ini juga terdiri daripada MateBook X Pro, MateBook 13 dan MateBook D 14 & D 15.

Walaubagaimanapun, Huawei telah mengesahkan bahawa satu lagi komputer riba terbaru akan memasuki pasaran Malaysia iaitu HUAWEI MateBook 14 yang menjanjikan prestasi berkuasa tinggi pada rangka yang premium dan kompak.

Huawei MateBook 14 akan hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView 2K yang turut disertakan dengan fungsi navigasi swipe 3 jari dan banyak lagi yang memberikan pengguna pengalaman sama seperti pada telefon pintar.

Huawei MateBook 14 juga reka bentuk yang kompak dan ringan, tablet ini mempunyai berat hanya 1.49 kg dengan ketebalan maksima 15.9mm.

Menguasakan komputer riba ini adalah dua jenis pemproses AMD iaitu the AMD Ryzen 5 4600H and AMD Ryzen 7 4800H.

Selain itu, Huawei MateBook 14 juga disertakan dengan beberapa ciri 2 dalam 1 antaranya fungsi pengecasan yang boleh memgecas komputer riba dan telefon pintar, huawei share dan butang kuasa yang turut mempunyai fungsi sebagai sensor capjari.

Buat masa ini harga penjualan HUAWEI MateBook  14 masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.