Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Apple iPhone 12 tidak disertakan adapter pengecasan dan EarPods

Siri Apple iPhone 12 tidak disertakan adapter pengecasan dan EarPods 3
Susulan daripada pelancaran Apple iPhone 12, bakal pembeli iPhone kini harus menerima hakikat bahawa telefon pintar daripada Apple kini tidak lagi akan menerima adapter pengecasan dan EarPods didalam Kotak pembungkusan.

Sebab yang diberikan oleh Apple adalah kesan positif kepada alam sekitar dan menjelang tahun 2030, Apple mempunyai perancangan untuk memastikan kesemua perniagaan mereka mempunyai 0% kesan kepada alam sekitar.

Siri Apple iPhone 12 kini rasmi di Malaysia – 4 model dengan sokongan 5G pada harga serendah RM 3,399 sahaja

Ini bermaksud setiap produk Apple yang terjual akan 100% bebas karbon dari proses pembuatan hingga ke penghantaran dan banyak lagi.

Sebagai permulaan, kesemua model iPhone 12 menggunapakai 100% elemen bumi yang dikitar semula pada magnet yang termasuk kamera, enjin taptic, MagSafe dan aksesori MagSafe.

Dengan tidak menyertakan adapter pengecasan dan EarPods, Kesan kepada persekitaran adalah sangat besar dimana sebanyak 2 juta tan metrik pembebasan karbon daripada dikurangkan setiap tahun yang bersamaan dengan menghentikan pengunaan 450,000 kereta dijalan raya setiap tahun.

Selain itu, ini juga membolehkan kotak pembungkusan Apple iPhone kini lebih kecil dan ringan sekali membolehkan 70% lebih banyak iPhone dihantar pada satu palet.

Walaupun agak mengecewakan, apa yang dilakukan oleh Apple ini secara tidak langsung memberi kesan yang positif kepada alam sekitar dan langkah drastik ini mungkin juga akan diikuti oleh pengeluar telefon pintar lain.

Jika anda membeli iPhone baharu dan ingin mendapatkan adapter pengecasan, Apple menawarkan adapter 20W pada harga RM 99 manakala EarPods juga ditawarkan pada harga RM 99.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.