Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini rasmi – Skrin 144Hz, SD 865 dan bateri 5,000mAh


Xiaomi secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar Mi 10T  yang terdiri daripada tiga model iaitu Xiaomi Mi 10T Pro, Xiaomi Mi 10T dan Xiaomi Mi 10T Lite.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 10T dilihat mempunyai banyak perbezaan dari segi spesifikasi antaranya adalah skrin paparan IPS LCD 6.67-inci (395ppi) yang memiliki kadar segar semula 144Hz dengan teknologi AdaptiveSync, pemproses Qualcomm Snapdragon 865, kapasiti RAM 8GB jenis LPDDR5 dan storan UFS 3.1 yang bermula dari 128GB.

Selain itu, Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 10 juga hadir dengan sokongan 5G, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, sensor capjari dibahagian sisi dan dua pembesar suara stereo.

Perbezaan utama Mi 10T Pro dan Mi 10T adalah dari segi kamera dimana Mi 10T Pro ditawarkan dengan sensor kamera utama 108MP manakala Xiaomi Mi 10T pula hadir dengan sensor kamera 64MP.

Xiaomi Mi 10T Pro hadir dengan beberapa ciri kamera yang memberikan anda pengalaman fotografi yang lebih menyeluruh seperti 6 mod long exposure, Ai Skyscapping 3.0, Video dan Photo Clones.

Xiaomi Mi 10T Pro juga menyokong rakaman video 8K , fungsi Dual video , video time lapse dan timed burst.

Dua lagi sensor kamera yang dimiliki pada kedua-dua model telefon pintar ini adalah sensor ultrawide 13MP dan sensor makro 5MP dengan kamera selfie punch-hole adalah 20MP.

Selain itu, Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 10T juga akan hadir dengan IR Blaster, WiFi 6, Bluetooth 5.1 dan MIUI 12 yang berasaskan Android 10.

Xiaomi Mi 10T Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Lunar Silver, Cosmic Black dan Aurora Blue. Setiap telefon pintar ini turut disertakan dengan bekas telefon pintar anti-bakteria dan filem anti-bakteria sedia terpasang.

Harga Penjualan Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 10T adalah seperti berikut :

Xiaomi Mi 10T Pro 8/128GB – €599

Xiaomi Mi 10T Pro 8/256GB – €649

Xiaomi Mi 10T 8/128GB – €549

Xiaomi Mi 10T 6/128GB – €499

Pelancaran Siri Xiaomi Mi 10T di Malaysia akan berlangsung pada 6 Oktober ini iaitu didalam masa 7 hari sahaja lagi.

Harga penjualan Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T dijangka akan diumumkan pada pelancaran rasmi di Malaysia minggu hadapan .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.