Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple akan mengadakan majlis pelancaran khas pada 15 September ini – iPhone 12?

Apple Event
Menjelang bulan September setiap tahun, Apple secara tradisi akan mengadakan satu majlis pelancaran yang akan memperkenalkan generasi baru iPhone.

Pada 15 September ini, Apple telah mengesahkan akan mengadakan satu majlis pelancaran Apple dan pelancaran ini nampaknya tidak akan menyaksikan pelancaran Apple iPhone 12 yang baru.

Sebaliknya, majlis pelancaran Apple dengan slogan ‘Times Flies’ mungkin merujuk kepada pelancaran Apple Watch yang baru iaitu Apple Watch Series 6.

Selain Apple Watch Series 6, Apple juga dijangka akan memperkenalkan satu lagi jam pintar Apple Watch yang lebih berpatutan sebagai pengganti kepada Apple Watch Series 3.

Bercakap mengenai siri Apple iPhone 12, Apple dijangka akan memperkenalkan 4 model iPhone 12 pada awal bulan Oktober iaitu Apple iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini dari majlis pelancaran Apple pada 15 September ini dan anda juga boleh menontonya secara langsung di www.apple.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.