Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X3 kini rasmi – skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja

Poco X3 MalaysiaPocophone secara rasminya telah memperkenalkan Poco X3 yang akan memasuki pasaran global dan menjadi telefon pintar pertama dipasaran global untuk hadir dengan pemproses Snapdragon 730G yang lebih pantas berbanding Snapdragon 720G.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 17

Selain itu, Poco X3 juga hadir dengan reka bentuk yang lebih unik dengan kemasan panel belakang melengkung 3D ‘finish line’ yang berinspirasikan sukan permotoran.

 

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 18

Poco X3 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.67-inci namun yang lebih penting dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat juga lubang punch-hole yang sangat kecil iaitu hanya 3.8mm. panel skrin ini juga memiliki teknologi Dynamic Switch yang mengubah kadar bingkai mengikut keperluan.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 19
Selain itu pemproses Snapdragon 732G, Poco X3 juga disertakan dengan sehingga 6GB RAM manakala storan dalaman adalah sehingga 128GB namun jenis memori adalah UFS 2.1.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 20
Poco X3 juga disertakan dengan teknologi kamera kelas flagship iaitu tetapan quad-kamera 64MP yang mana sensor utama telefon pintar ini adalah Sony IMX682, sensor ultra wide 13Mp 119°, sensor makro 2MP dan sensor depth 5MP.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 21

Poco X3 juga disertakan dengan teknologi penjeyukan LiquidCool Technology 1.0 yang mampu mengekalkan suhu pemproses 6 darjah lebih rendah berbanding telefon pintar yang tidak memiliki teknologi penyejukan ini.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 22
Poco X3 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,160mAh yang juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 33W yang disertakan didalam kotak.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 23
Selain itu, Poco X3 juga disertakan sistem audio dwi-speaker yang mempunyai fungsi clear speaker ( untuk membuang habuk dari speaker ini) , Game Turbo 3.0, IR Blaster, NFC, pensijilan kalis air dan habuk IP53, MIUI 12 (Poco Launcher 2.0) dan bicu audio 3,5mm.

Poco X3 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Shadow Gray dan Cobalt Blue.

Poco X3 kini rasmi - skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja 24

Berikut adalah harga penjualan poco X3 di Malaysia

Poco X3 6/64GB – RM 899 *RM 799 pembelian ‘early-bird’.

Poco X3 6/128GB – RM 1099 * RM 949 pembelian early bird.

Harga early-bird ini hanya boleh dinikmati pada 9-10 September ini secara eksklusif di Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.