Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI WATCH FIT & FreeLace Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 9 September ini pada harga dari RM 399


HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa peranti kecergasan terbaru mereka iaitu HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 399 sahaja.

Pelancaran dua peranti pemakaian kecergasan terbaru HUAWEI ini akan membantu pengguna menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih pintar.

HUAWEI WATCH FIT

HUAWEI WATCH FIT adalah jam kecergasan yang menawarkan sokongan bagi 96 jenis mod kecergasan yang termasuk mod sukan profesional seperti berlari, berjalan, berbasikan dan berenang.

HUAWEI WATCH FIT juga berfungsi sebagai pelatih peribadi anda dengan menawarkan animasi pantas bagaimana melakukan sesuatu aktiviti kecergasan dengan betul.

 HUAWEI WATCH FIT juga dilengkapi skrin paparan AMOLED HD (280 x 456) berukuran 1.64-inci yang sangat terang dan berwarna dengan kepadan pikse mencecah 326ppi.

HUAWEI WATCH FIT juga dilengkapi dengan bezel dan rangka yang ringan selesa dipakai sepanjang masa.

HUAWEI WATCH FIT juga hadir dengan bateri yang menawarkan 10 hari pengunaan, GPS terbina, sensor degupan jantung dan tahap kalis air 5ATM.

Huawei FreeLace Pro

HUAWEI juga akan menawarkan earbuds FreeLace Pro yang menawarkan pengguna teknologi pembatalan bunyi ANC yang digabungkan dengan algoritma pembatalan bunyi yang terbaik.

HUAWEI FreeLace Pro juga dilengkapi dua mikrofon, bateri lithium-ion polimer 150mAh yang menawarkan sehingga 24 jam pengunaan (ANC off) manakala pengecasan 5 minit memberikan anda 5 minit pendengaran.

Huawei Watch Fit & FreeLace Pro

Harga dan Tarikh Penjualan

HUAWEI WATCH FIT akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Sakura Pink and Graphite Black dengan harga penjualan RM 499.

HUAWEI FreeLace Pro akan ditawarkan dengan harga penjualan RM 399 (Graphite Black).

Penjualan bagi kedua-dua peranti ini akan bermula pada 9 September 2020.

Pengguna juga berpeluang memenangi wang tunai bernilai sehingga RM 100,000 di kejohanan badminton HUAWEI WATCH FIT selain diskaun RM 100 dengan pembelian dua unit HUAWEI WATCH FIT (promosi sehingga 9 Oktober 2020).

HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeLace Pro boleh dibeli HUAWEI Store, HUAWEI Experience Stores dan wakil penjualan rasmi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.