Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 sahaja

Huawei MatePad Malaysia
Selain pengumuman penawaran HUAWEI WATCH FIT & FreeLace Pro ke pasaran Malaysia, HUAWEI juga telah mengumumkan table HUAWEI MatePad akan mula ditawarkan di Malaysia pada 9 September ini dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja.

Huawei MatePad adalah model terbaru didalam keluarga tablet siri MatePad dan ianya akan turut disertakan dengan papan kekunci dan hadiah percuma bernilai sehingga RM 500.

HUAWEI MatePad akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 sahaja 7

Hadiah percuma termasuk :

• papan kekunci

• HUAWEI Video untuk 3 bulan ( Saluran The Explorers & Oello Concerts)

• HUAWEI Book (sah sehingga 31 Disember 2020)

• Ganjaran HUAWEI Member Center

• HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk 12 bulan

HUAWEI MatePad akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 sahaja 8 

Huawei MatePad merupakan tablet kelas pertengahan Huawei yang memiliki banyak persamaan dengan HUAWEI MatePad Pro yang termasuk bateri berkapasiti 7,250mAh dan resolusi skrin

HUAWEI MatePad akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 sahaja 9

Berikut adalah spesfikasi Huawei MatePad :

  • skrin paparan HUAWEI IPS 2K FullView 10.4-inci (2000×1200)
  • Kirin 810
  • 4GB RAM/64GB storan dalaman
  • Bateri 7,250mAh + pengecasan 10W (3.5 jam untuk pengecasan penuh)
  • Quad-Speaker Histen 6.0 3D Stereo + Harmon Kardon
  • Sokongan HUAWEI M-Pen
  • Huawei SHARE
  • Kamera belakang 8MP
  • Kamera selfie 8MP
  • Menyokong rangkaian WiFi sahaja
  • EMUI 10.1 (Android 10.0)
  • Warna : Midnight Grey

Huawei MatePad T10

Selain itu, bagi anda yang ingin memiliki tablet entry-level, berita baik untuk anda kerana Huawei akan menawarkan HUAWEI MatePad T10 yang bernilai RM 799 pada harga 499 sahaja dan promosi ini adalah pada 9 September 2020 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.