Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C12 kini rasmi di Malaysia- berharga RM 529 disertakan dengan realme Buds Classic

realme C12 Malaysia
realme secara rasminya telah melancarkan realme C12 ke pasaran Malaysia yang merupakan telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh.

realme C12 adalah model terbaru didalam siri entry-level syarikat ini iaitu realme C namun ianya hadir dengan reka bentuk Geometric Gradient yang premium.

realme C12 juga hadir dengan skrin paparan mini-drop HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Helio G35, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Selain itu, realme C12 juga disertakan dengan tri-kamera 13MP bersama-sama sensor Makro dan sensor B&W pada resolusi 2MP dan kamera realme C12 ini juga menyokong mod malam Nightscape.

realme C12 juga dilengkapi dengan kamera selfie 5MP, sokongan tri-SIM dan pengecasan pantas 10W.

realme C12 akan ditawarkan bersama-sama realme Buds Classic pada harga RM 529 dan penjualan akan bermula jam 1 petang ini di Lazada.

Penjualan offline akan bermula pada 31 Ogos dan setiap pembelian juga akan menerima Screen Magnifier dan clear casing secara percuma.

Bagi pembelian realme C12 secara offline di brand store realme, anda akan menerima Screen Magnifier, clear casing, baucar dan giftbox.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.