Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Oppo Reno 4 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro membawakan skrin paparan OLED dan pemproses Snapdragon 720G (bukan Snapdragon 765G seperti di pasaran China).

Oppo Reno 4 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki kamera selfie punch hole 32MP manakala Oppo Reno 4 Pro pula hadir dengn skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.5-inci dengan kamera selfie punch hole 32MP (Sony IMX616)

Pada bahagian kamera, Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4  dilengkapkan dengan kamera utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP, 2MP sensor depth dan 2MP sensor mono.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB bagi Reno4 dan 256GB bagi Reno4 Pro.

Kedua-dua model didalam siri Reno 4 ini juga hadir dengan  ColorOS 7.2.

Oppo Reno 4 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,015mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W manakala Reno4 Pro hadir dengan bateri 4,000mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.


Oppo Reno4 dan Reno4 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan iaitu dari 3-7 Ogos 2020 (penjualan bermula 8 Ogos) dengan pembelian Reno4 akan menerima satu tahun waranti tambahan manakala pembelian Reno4 Pro akan menerima Oppo Enco W31 TWS dan 1 tahun waranti skrin secara percuma.

Beli Oppo Reno4 Pro di Oppo Store

Beli Oppo Reno4 di Oppo Store

Oppo Reno 4 hadir dengan harga penjualan RM 1,699 manakala Oppo Reno 4 Pro ditawarkan pada harga RM 2,399.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.