Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia

OnePlus Nord Malaysia
OnePlus Nord yang dilancarkan pada 22 Julai lalu telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia namun sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat bila telefon pintar ini akan ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Walaupun OnePlus telah membuka stor rasmi OnePlus di Shopee, OnePlus Nord telah mula ditawarkan untuk pra-tempahan melalui beberapa pengedar telefon pintar terkemuka di Malaysia iaitu DirectD dan Mobile2Go. (Hadir dengan waranti rasmi).

Walaubagaimanapun Directd dan Mobile2Go juga tidak mendedahkan harga penjualan telefon pintar OnePlus Nord sebaliknya hanya memerlukan anda membayar deposit RM 100.

Selain itu, stok bagi OnePlus Nord ini dijangka akan tiba selewat-lewatnya pada penghujung bulan Ogos.

Untuk mengetahui spesifikasi OnePlus Nord, anda boleh membaca laporan penuh majlis pelancaran OnePlus Nord kami.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.