Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord kini dilancarkan secara – telefon pintar setaraf flaghsip pada harga serendah dari RM 1,595

OnePlus Nord MalaysiaSelepas hangat diperkatakan, OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu OnePlus Nord yang dilihat sebagai usaha OnePlus untuk menawarkan telefon pintar setaraf kelas flaghsip pada harga yang lebih berpatutan yang mana ianya adalah sama seperti OnePlus One.

OnePlus Nord telah dilancarkan secara rasmi melalui majlis pelancaran global AR pertama didunia (dalam industri telefon pintar) yang memberikan kita maklumat penuh mengenai spesifikasi dan harga telefon pintar ini.

Terus kepada skrin paparan, OnePlus Nord hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED berukuran 6.4-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz pada resolusi FHD+.

Selain itu, OnePlus Nord juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 765G yang membawakan sokongan 5G, sehingga 12GB RAM manakala storan adalah sehingga 256GB.


Beralih kepada spesfikasi kamera pula, OnePlus Nord dilengkapi dengan sistem Quad-Kamera yang mana sensor utamanya adalah 48MP Sony IMX586 yang juga memiliki OIS, sensor ultrawide 119° , sensor depth 5MP dan sensor makro 2MP.

OnePlus Nord juga memiliki tebukan punch-hole yang menempatkan dua sensor selfie iaitu satu sensor utama 32MP Sony IMX616 dan satu sensor ultrawide 8MP 105°.

Kapasiti bateri OnePlus Nord adalah 4,115mAh dan ianya juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Warp Charge 30T

Selain itu, OnePlus Nord juga memiliki OxygenOS yang berasaskan Android 10 (2 tahun jaminan kemaskini OS) , butang slider notifikasi pada sisi, NFC, GPS L1 + L5.

OnePlus Nord akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Blue Marble dan Gray Onyx.

Harga penjualan OnePlus Nord di Malaysia masih belum diumumkan namun berikut adalah harga penjualan di India :

OnePlus Nord 8/128GB – INR 27,999 – RM 1,595

OnePlus Nord 12/256GB – INR 29,999 – RM 1,714

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.