Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN realme 6 Pro Malaysia : Lebih banyak ciri flagship pada harga RM 1,399 sahaja

realme 6 Pro
Pengenalan

Selepas penawaran realme 6i dan realme 6 ke pasaran Malaysia, kini tiba giliran realme 6 Pro pula mengisytiharkan kemasukan-nya ke tanah air kita.

realme 6 Pro adalah peranti mercu didalam keluarga realme 6 ini dan pelancaran telefon pintar ini di Malaysia amat dinantikan oleh peminat realme.

realme 6 Pro membawakan satu pakej telefon pintar kelas upper mid-range atau pertengahan namun telefon pintar ini masih mampu menawarkan beberapa ciri flagship seperti skrin paparan Ultra Smooth 90Hz, quad-kamera 64MP dan banyak lagi.

Di atas kerta tidak banyak perbezaan antara realme 6 dan realme 6 Pro namun dengan hampir RM 300 lebih tinggi, adakah realme 6 Pro lebih berbaloi berbanding realme 6?

Berikut adalah ulasan realme 6 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,399.

Buka Kotak

Kotak pembelian realme 6 Pro adalah sama seperti biasa iaitu didalam warna kuning. Didalam kotak pembelian, anda akan turut menerima bekas silikon berwarna hitam jernih, buku manual pengunaan, palam pengecasan dan kabel USB-C. realme 6 Pro yang anda beli juga akan hadir dengan filem perlindungan skrin yang disiap pasang.

Tonton video dibawah untuk maklumat lanjut :

Reka Bentuk

Sinonim dengan realme adalah reka bentuk yang sentiasa melebih jangkaun dan pada realme 6 Pro kita mempunyai jangkaan tahap reka bentuk yang premium.

Ternyata realme 6 Pro tidak mengecewakan kami dan ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas pada bahagian hadapan (semestinya) dan belakang.

Jika tidak silap, ini adalah kali pertama siri telefon realme ini menggunakan panel gelas dibahagian belakang namun pencapaian ini tidak diteruskan pada rangka yang digunakan kerana ianya masih berasakan plastik.

realme 6 Pro Harga malaysia

Reka bentuk panel belakang pada realme 6 Pro adalah Lighting Design atau pemahaman mudah corak petir yang terhasil melelui proses UV-Curing Gradient Offset Printing yang rumit.

realme 6 Pro yang kami terima adalah Lightning Blue yang mana hitam adalah warna primer manakala warna hitam hanya digunakan pada corak petir yang memberikan pantulan berbeza mengikut sudut dan cahaya. Selain Lightning Blue, realme 6 Pro juga hadir didalam warna Lightning Red.

realme 6 Pro Malaysia

realme 6 Pro ini juga dilengkapi dengan panel gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 iaitu dibahagian hadapan dan belakang.

realme 6 Pro Review malaysia

Pada bahagian sisi kanan, realme 6 Pro juga disertakan dengan sensor capjari kapasitif yang pantas dan juga berfungsi sebagai butang kuasa. Anda boleh menetapkan pengesanan capjari melalui kaedah ‘light touch’ atau ‘firm touch’ . Untuk pengetahuan anda kami memilih untuk light touch yang lebih mudah dan pantas.

Ulasan realme 6 Pro malaysia

Dibahagian sisi kiri pula terdapat butang pelaras bunyi selain slot tri-SIM yang mampu menempatkan dua kad SIM dan satu kad microSD.

realme 6 Pro

Dibahagian bawah pula, realme 6 Pro hadir dengan slot USB-C, gril pembesar suara (bukan stereo) dan bicu audio 3.5mm yang semakin pupus dipasaran namun tidak pada telefon pintar realme.

realme 6 Pro hadir dengan ukuran dimensi 163.8×75.8×8.9mm dan berat 209gram yang mana ianya adalah normal bagi telefon pintar dengan panel 6.6” namun apabila menggunakan bekas silikon disertakan, kami secara peribadi merasakan telefon pintar ini seperti lebih besar dan tebal.

Untuk mengatasi isu ini, anda mungkin boleh memilih untuk membeli bekas peranti yang berlainan mengikut citarasa.

Skrin Paparan

realme 6 Pro juga merupakan satu lagi telefon pintar realme untuk hadir dengan panel skrin Ultra Smooth 90Hz.

Skrin paparan realme 6 Pro adalah panel IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ yang hadir kepadatan piksel 399ppi.

Dengan kadar segar semula 90Hz, realme 6 Pro membawakan 50% lebih banyak bingkai berbanding skrin paparan konvensional yang hadir dengan kadar segar semula 60Hz.

Skrin paparan 90Hz yang disertakan pada realme 6 Pro menjanjikan animasi skrin yang lebih lancar dan lebih penting prestasi gaming luar biasa tanpa sebarang jatuhan kadar bingkai walaupun ketika gaming berintensiti tinggi.

Bagi mengekalkan kos pada harga yang berbaloi, realme 6 Pro telah menggunakan panel LCD dan ianya juga hadir dengan tetapan pintar yang akan beralih kepada kadar segar semula yang lebih rendah apabila diperlukan (60Hz atau 90Hz).

Sedikit kekurangan pada bahagian skrin ini adalah pengunaan dibawah cahaya matahari  adalah sesuatu yang sukar walaupun tahap kecerahan ditetapkan ke maksima.

Skrin paparan 90Hz Ultra Smooth realme 6 Pro ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla 5 dan terdapat filem skrin siap pasang dari kilang.

Pemproses dan realme UI

realme 6 Pro hadir dengan pemproses kelas mid-range daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 720G yang mana G melambangkanya cipset yang dioptimasikan untuk gaming.

realme 6 Pro juga telah menyandang rekod sebagai telefon pintar pertama di dunia untuk dikuasakan dengan cip Snapdragon 720G ini.

Buat pengetahuan semua, cip pemproses Snapdragon 720G ini diperbuat berasaskan proses 8nm yang menjadikanya sangat efisen tenaga dan berkuasa tinggi.

Ianya dilengkapi dengan 2 teras Kyro 465 (Gold) berkelajuan 2.3Ghz dan 6 teras Kyro 465 (Silver) berkelajuan 1.8Ghz.

realme 6 Pro juga hadir dengan beberapa konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/64GB, 6/128GB dan 8/128GB seperti unit ulasan kami.

Unit pemprosesan grafik realme 6 Pro adalah Adreno 618 yang mana GPU ini juga turut digunakan pada pemproses Snapdragon 730G.

Apabila dibandingkan dengan generasi lalu, Snapdragon 720G hadir dengan 10% peningkatan prestasi CPU manakala prestasi GPU pula adalah 75% lebih baik diikuti pretasi enjin AI yang 220% lebih baik.

Walaupun hadir dengan pemproses Snapdragon 720G, realme 6 Pro tidak mempunyai kelebihan prestasi yang ketara apabila dibandingkan dengan realme 6 yang hadir dengan pemproses Helio G90T.

realme 6 Pro juga hadir dengan antaramuka realme UI yang berasaskan Android 10 dan ianya menawarkan pelbagai kebebasan kepada pengguna untuk mengubah penampilan antaramuka ini.

realme UI menawarkan anda mengubah Icon Style, mod Home Screen, Layout Home Screen, Smart Sidebar dan banyak lagi.

realme 6 Pro Camera

Kamera dan Swafoto

realme 6 Pro hadir dengan teknologi kamera kelas flagship yang terkini iaitu tetapan quad-kamera beresolusi tinggi yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor telefoto 12MP yang disertakan dengan 20x zoom hibrid, sensor ultralebar 8MP 119° dan juga lensa makro pada resolusi 2MP.

realme 6 Pro hadir dengan sensor utama 64MP berukuran 1/1.72 -inci yang memiliki aperture f/1.8 dan menggunakan lensa 6P.

Klik pada gambar untuk melihat resolusi penuh

Ianya mengguna pakai teknologi Quad Bayer 4 dalam 1 ‘pixel binning’ yang menggabungkan 4 piksel (gambar) menjadi satu piksel 1.6μm yang besar.

Hasil daripada proses ini membolehkan gambar yang diambil menggunakan realme 6 Pro memiliki resolusi dan kualiti imej yang baik walaupun gambar tersebut diambil pada keadaan cahaya yang rendah.

 

Sensor 8MP ultra wide dengan field of view 119° – penawaran sensor ini pada realme 6 Pro memastikan pengguna tidak menghadapi kesukaran untuk mengambil gambar ultra lebar yang sempurna kerana sensor cukup luas untuk anda mengambil gambar landskap, bangunan juga gambar berkumpulan yang besar.

Apa yang sedikit mengecewakan adalah realme dilihat tidak mahu beralih kepada sensor ultrawide yang mempunyai MP yang lebih tinggi dan sentiasa menggunakan sensor yang sama ini hampir pada semua telefon pintar realme.

Zoom 5x > Zoom 10x > Zoom 20x

realme 6 Pro juga memiliki sensor telefoto 12MP f/2.5 dengan PDAF yang menawarkan 2x zoom optik dan sehingga 20x zoom digital. Sensor telefoto ini adalah yang membezakanya dengan pakej kamera yang dimiliki realme 6 dan sensor ini juga boleh digunakan untuk pengambilan gambar mod malam.

Lensa Makro – pengunaan lensar makro 2MP menjadikan pakej kamera realme 6 Pro sebagai antara yang terbaik pada tahap harga ini kerana ianya membolehkan anda meneroka dunia mikro pada jarak 4 cm sahaja.

Walaubagaimanapun pada resolusi 2MP, tiada banyak maklumat pada imej yang diambil dan seperti sensor ultrawide, realme telah menggunakan sensor makro 2MP yang sama pada kebanyakkan model mereka.

Potret

Dengan ketiadaan sensor depth, pasti ramai yang tertanya samada pengambilan gambar portet akan terkesan namun dengan pengunaan sensor utama 64MP untuk tugas ini, gambar potret ternyata lebih cerah dan kualiti juga amat baik.

Kesan bokeh pada gambar juga ternyata efektif dengan perbezaan antara subjek utama dan latar belakang berada pada tahap yang terbaik.

Mod malam Nightscape 3.0

 realme 6 Pro juga hadir dengan mod malam Nightscape 3.0 yang berasaskan Nightscape 2.0 namun telah ditambahbaik dengan pelbagai fungsi baru seperti mod tripod dan mod ultra Nightscape.

 

Mod Tripod – mod ini membolehkan anda mengambil gambar ‘super long exposure’ sehingga 50 saat untuk menghasilkan kesan fotografi waktu malam yang lebih profesional. Hasil gambar daripada mod tripod adalah lebih baik berbanding gambar mod malam yang diambil dengan memegang peranti pada tangan. mod ini boleh diaktifkan dibahagian atas aplikasi kamera ( ketika pengambilan gambar mod malam sahaja).

Mod Ultra Nightscape – realme telah menambah mod Ultra Nightscape pada realme 6 Pro untuk membolehkan anda mengambil gambar waktu malam yang ‘sebenar’. Walaupun pada keadaan cahaya 1 Lux, ianya mampu mengambil gambar waktu malam yang terang, jelas dan berkualiti tinggi – mod ini teraktif secara automatik apabila kamera mengesan keadaan cahaya yang sangat rendah.

Contoh Gambar NightScape 3.0 yang diambil menggunakan realme 6 Pro :

Swafoto

realme 6 Pro juga disertakan dengan dua kamera selfie dibahagian hadapan iaitu satu sensor 16MP Sony IMX471 dan satu sensor 8MP wide-angle yang membolehkan pengambilan gambar ‘selfie’ mahupun ‘wefie’ sekumpulan yang besar.

hasil gambar melalui sensor 16MP adalah sangat baik untuk kegunaan harian dan pastinya ia turut hadir dengan pelbagai mod kecantikan yang berasakan AI.

Sensor Ultra lebar 8MP pula menawarkan dimensi selfie yang lebih luas dimana ianya boleh digunakan ketika pengambilan gambar secara berkumpulan atau secara solo dengan pemandangan yang luas.

Secara keseluruhanya, pakej kamera yang dibawa oleh realme 6 Pro adalah terbaik didalam siri realme 6 ini dan dengan penawaran sensor telefoto 12MP telah meletakkan realme 6 Pro hampir setara dengan beberapa telefon pintar kelas flaghsip dipasaran.

Bateri

realme 6 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang sama seperti pada realme 6 namun dengan pengunaan cipset yang berbeza, jangka hayat bateri juga berbeza.

Pengunaan sepenuhnya pada kadar segar semula 90Hz juga tidak memberikan kesan kepada bateri dan pengunaan seharian tanpa memerlukan pengecasan adalah tidak mustahil.

Jika anda memerlukan pengecasan, tidak perlu risau kerana realme 6 Pro telah menyertakan pengecasan pengecasan pantas 30W VOOC yang disertakan didalam kotak dan ianya dilihat mampu mengecas penuh peranti anda didalam masa sekitar 60 minit sahaja (0-100%).

Selain pengecasan 30W VOOC ini, realme 6 Pro juga menawarkan sokongan pengecasan USB PowerDelivery namun hanya pada kadar 15W.

Audio

menyentuh sedikit mengenai kualiti audio realme 6 Pro, walaupun hadir dengan pembesar suara dibahagian bawah sahaja, kelantangan dan kualiti output audio adalah sangat baik dan ianya juga menerima sokongan audio Dolby Atmos dan Hi-Res Audio

realme 6 Pro

Penutup

Selepas menggunakanya sebagai peranti utama kami, ternyata realme 6 Pro mempunyai segala kemampuan untuk memberikan anda satu pakej telefon pintar yang memenuhi keperluan anda dan pada harga yang berbaloi.

realme 6 Pro mungkin masih belum mampu bersaing dengan peranti flagship utama dipasaran namun jurang antara model ini dengan yang dipuncak sudah semakin rapat.

Pada harga RM 1,399, realme 6 Pro adalah satu telefon pintar yang patut dipertimbangkan sekiranya anda mahu peranti yang mampu menawarkan prestasi pengunaan dan kamera yang seimbang.

Penjualan realme 6 Pro akan bermula mulai pada 12 Mei ini di Lazada iaitu bagi versi 8/128GB dan setiap pembelian akan turut hadir dengan tambahan satu tahun waranti dan 7 bekas Daily Mood Casing bernilai RM 149 secara percuma.

realme 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz, Snapdragon 720G pada harga RM 1,399 sahaja 3

Penjualan offline pula akan bermula pada 16 Mei ini di semua wakil penjualm rasmi dengan promosi hadiah percuma yang sama.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.