Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mavic Air 2 kini rasmi dengan sensor 48MP, 8K Hyperlapse dan 34 minit waktu penerbangan

DJI Mavic Air 2DJI secara rasminya telah memperkenalkan dron terbaru mereka iaitu DJI Mavic 2 yang hadir dengan beberapa perbezaan dan ciri menarik apabila dibandingkan dengan Mavic Air.

DJI Mavic Air 2 Launch

Dari segi reka bentuk, DJI Mavic 2 masih sama seperti Mavic namun kini ianya hadir dengan sensor CMOS yang lebih besar iaitu 48MP dengan waktu penerbangan maksima sehingga 34 minit.

Dengan sensor 48MP ini, DJI Mavic Air kini menawarkan fotografi dan videografi Dron yang terbaik iaitu rakaman video 4K pada 60fps, rakaman Hyperlapse 8K, HDR Photo dan Video dan Mavic Air 2 FocusTrack yang terdiri daripada mod tracking seperti Spotlight 2.0, ActiveTrack 3.0 and Point of Interest 3.0.

DJi Mavic Air 2 Malaysia

Bercakap mengenai jarak penerbangan pula, DJI mendakwa bahawa Mavic Air 2 mampu terbang sejauh 10KM (ketinggian adalah 5,000 meter) dan dengan APAS 3.0 ( sistem pengelakkan halangan automatik).

DJI Mavic Air 2 hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh, berat 570gram dan sistem satelite GPS+GLONASS.

Bercakap mengenai harga, DJI Mavic 2 akan hadir dengan harga penjualan dari $799 (RM 3,478) manakala Mavic Air 2 Fly More Combo hadir dengan harga $988 (RM 4,300).

DJI Mavic Air 2 Fly More Combo

Buat masa ini harga penjualan DJI Mavic Air 2 masih belum diketahui namun ianya mungkin ditawarkan pada harga yang bermula dari RM 3,999 manakala Mavic Air 2 Fly More Combo pula hadir dengan harga RM 4,999.

DJI Mavic Air 2 Malaysia Price

Pelancaran ke pasaran global adalah pertengahan bulan Mei.

*kemaskini : pengedar March menawarkan pra-tempah Mavic Air 2 Fly More Combo pda harga RM 4,290

Sumber

DJI Mavic Air 2 ControllerDJI Mavic Air 2 48MP Sensor

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.