Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Neo 3 5G – peranti flagship killer dengan skrin 144Hz, Snapdragon 865 pada harga serendah RM 1,660

iQOO Neo 3 5G - peranti flagship killer dengan skrin 144Hz, Snapdragon 865 pada harga serendah RM 1,660 7
iQOO secara rasminya telah mengumumkan pelancaran iQOO Neo 3 yang memiliki skrin paparan dengan kadar segar semula 144Hz, pemproses Snapdragon 865, sokongan 5G dwi-mod namun pada harga serendah RM 1,660 sahaja (CNY 2,698)

Dengan harga penjualan seperti ini, iQOO Neo 3 boleh diklasifikasikan sebagai telefon pintar flagship killer 2020.

Panel skrin iQOO Neo 3 adalah skrin punch-hole berukuran 6.57-inci dengan resolusi 1080p+, kadar segar semula 144Hz, HDR10 dan nisbah skrin 20:9.

iQOO Neo 3 5G - peranti flagship killer dengan skrin 144Hz, Snapdragon 865 pada harga serendah RM 1,660 8

Dibahagian belakang, iQOO Neo 3 hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Pemproses Snapdragon 865 iQOO Neo 3 ini juga hadir bersama 6/8/12GB RAM dengan storan dalman jenis UFS 3.1 sehingga 256GB.

iQOO Neo 3 5G - peranti flagship killer dengan skrin 144Hz, Snapdragon 865 pada harga serendah RM 1,660 9

iQOO Neo 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 44W, pembesar suara stereo, kamera selfie 16MP, sensor capjari disisi dan iQOO UI yang berasaskan Android 10.

iQOO Neo 3 5G Malaysia

iQOO Neo 3 hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru dengan harga penjualan seperti dibawah :

iQOO Neo 3 6/128GB – CNY 2,698 – RM 1,660

iQOO Neo 3 8/128GB – CNY 2,998 – RM 1,846

iQOO Neo 3 12/128GB – CNY 3,298 – RM 2,031

iQOO Neo 3 8/256GB – CNY 3,398 – RM 2,097

Maklumat penjualan antarabangsa iQOO Neo 3 masih belum diketahui namun dengan harga penjualan seperti ini, iQOO Neo 3 pasti mendapat sambutan baik di pasaran seperti Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.