Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

lebih 1,000 unit realme 6i habis dijual kurang 24 jam selepas penjualan bermula di Shopee

realme 6i Shopee malaysia

Penjualan telefon pintar terbaru realme di Malaysia iaitu realme 6i telah mula dijual tengah malam tadi dan kini pihak realme Malaysia telah mengesahkan lebih dari 1,000 unit realme 6i telah habis terjual di Shopee.

realme 6i menjadi satu lagi model yang mendapat sambutan hangat dan bagi memenuhi permintaan peminat telefon pintar realme, realme Malaysia akan menawarkan lagi realme 6i didalam kuantiti terhad tidak lama lagi.

realme 6i hadir dengan harga penjualan RM 599 sahaja eksklusif bagi penjualan pertama iaitu bagi versi 3/64GB (harga biasa RM 699).

realme 6i ini hadir didalam dua warna iaitu Green Tea dan White Milk.

Selain realme 6i, realme juga telah menawarkan realme Buds Air pada harga RM 199 dan realme Buds 2 didalam warna oren pada harga RM 49 sahaja.

layari stor realme di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.