Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Black Shark 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 30 April ini

Telefon pintar gaming Black Shark 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 30 April ini 5

Black Shark Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi terbaru telefon pintar gaming mereka iaitu Siri Black Shark 3 akan memasuki pasaran tempatan pada 30 April ini.

Black Shark 3 dan Black 3 Pro hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli dengan pengunaan dua paip penyejukan cecair dan terdapat juga slot audio 3.5mm.

Bercakap mengenai Black Shark 3 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan QHD+ OLED berukuran 7.1-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut mempunyai kadar ‘touch-sampling’ terpantas didunia iaitu 270Hz.

Telefon pintar gaming Black Shark 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 30 April ini 6

Black Shark 3 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865, 8GB RAM LPDDR4 atau 12GB RAM LPDDR5 yang dipadankan dengan 256GB storan dalaman manakala sokongan WiFi 6 dan 5G juga turut disertakan.

Pada bahagian kamera, Black Shark 3 Pro disertakan dengan sensor utama 64MP f/1.8, sensor ultra-lebar 13MP dan sensor depth 5MP selain sensor kamera selfie 20MP.

Kelebihan Black Shark 3 Pro adalah pada bahagian bateri dimana ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W (0-100% didalam masa 38 minit) dan terdapat juga sokongan pengecasan magnetik pada panel belakang namun kelajuan pengecasan hanya 18W.

Black Shark Pro 3 juga memiliki butang trigger fizikal dibahagian atas dan ianya bukanya panel sesentuh seperti pada generasi sebelum ini.

Beralih kepada Black Shark 3 pula, ianya hadir dengan beberapa perbezaan iaitu pengunaan skrin paparan FHD+ 6.67-inci, bateri berkapasiti 4,720mAh dan pilihan kapasiti RAM dan ROM iaitu 8GB/128GB, 12GB/128GB dan 12GB/256GB.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan samada kedua-dua model Black Shark 3 ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak

sumber

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro – penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.