Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad Pro dan Watch GT2e kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 599

Huawei MatePad Pro dan Watch GT2e kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 599 7
Selain Huawei P40 dan Huawei P40 Pro, Huawei Malaysia juga telah mengumumkan penawaran Huawei MatePad Pro dan Huawei Watch GT2e ke pasaran tempatan.

Huawei P40 dan P40 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 2,799, pra-tempahan mulai esok

Huawei MatePad Pro dan Watch GT2e kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 599 8

Tablet Huawei MatePad Pro akan hadir dengan harga penjualan RM 2,399 iaitu bagi edisi WiFi yang memiliki 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Huawei MatePad Pro bakal memasuki pasaran Malaysia – apa yang anda perlu tahu mengenai pencabar iPad Pro ini

Pra-tempahan Huawei MatePad Pro akan dibuka esok , 3 April pada jam 10.08 pagi dan setiap pra-tempahan super-tablet ini akan menerima papan kekunci, stylus M-Pen dan 3 bulan langganan Huawei Video yang mempunyai nilai keseluruhan bernilai RM 1,000.

Huawei MatePad Pro dan Watch GT2e kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 599 9

Selain Huawei MatePad Pro, jam pintar Huawei Watch GT2e juga telah dilancarkan ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

Huawei Watch GT2e akan dibuka untuk pra-tempahan mulai esok pada waktu yang sama dan setiap pra-tempahan juga akan menerima tali jam tambahan secara percuma (bernilai RM 69)

Huawei Watch GT2e hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Graphite Black.

Pra-tempahan Huawei MatePad Pro & Huawei Watch GT2e boleh dibuat di Huawei Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.