Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik

Honor MagicBook MalaysiaHonor Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa komputer riba Honor MagicBook akan memasuki pasaran tempatan dan kini pelancaran telefon pintar nampaknya semakin hampir menjadi realiti.

Honor MagicBook Malaysia

Honor MagicBook adalah komputer riba kompak dengan skrin paparan 14” 16:9 pada rangka keluli bagi komputer riba dengan skrin 13”.

Ianya adalah panel IPS LCD yang membawakan resolusi FHD 1920×1080 dengan 81% nisbah skrin kepada badan.

Honor MagicBook

Honor MagicBook ini hadir dengan berat 1.45kg dan ketebalan 15.8mm sahaja.

Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik 7

Dari segi dalaman, Honor MagicBook hadir dengan pemproses AMD Ryzen 5 3500 dengan kad grafik Radeon Vega 8 , 8GB RAM DDR4 dan storan dalaman SSD PCIE 512GB.

Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik 8

Selain itu, Honor MagicBook juga memiliki 4 pembesar suara (Dolby Atmos apabila menggunakan headphone), butang kuasa dengan sensor capjari, Honor MagicLink dan bateri 57.6Wh dengan pengecasan pantas 65W.

Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik 9

Honor MagicBook dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat dengan harga penjualan yang amat berpatutan.

Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik 10
Bukaan 178°
Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik 11
Spesifikasi penuh Honor MagicBook
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.