Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 21
realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja

portfolio produk realme semakin berkembang selaras dengan sasaran syarikat pada tahun 2020 ini dan selepas pelancaran beberapa peranti audio TWS, realme kini telah melancarkan jam kecergasan pintar mereka yang pertama iaitu realme Band.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP

seperti semua jam kecergasan di pasaran, realme Band hadir dengan reka bentuk yang sangat mudah iaitu tali jam dan paparan.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 22

realme Band disertakan dengan paparan berwarna yang mempunyai ukuran 0.96-inci dengan resolusi 80×160 piksel dan terdapat juga butang sesentuh untuk melakukan navigasi.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 23
realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 24

Aplikasi LinkSmart membolehkan realme Band memaparkan notifikasi dari aplikasi media sosial popular seperti Facebook, Messenger, WhatsApp, Instagram, Twitter, TikTok dan SMS.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 25

Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menetapkan pilihan watch faces yang anda mahu walaupun buat masa ini hanya lima jenis ditawarkan.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 26

realme Band juga hadir dengan satu lapisan gelas perlindungan yang tahan lasak dan ianya turut hadir dengan sokongan kalis air dan habuk IP68 yang membolehkan anda menggunakanya ketika berenang mahupun mandi.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 27

Pengecasan boleh dibuat terus dengan menanggalkan sebahagian daripada tali dan tiada sebarang kabel berasingan diperlukan.

realme Band ini menawarkan jangka hayat bateri sekitar 10 hari ( dengan perekod degupan jantung di aktifkan) iaitu bagi kapasiti bateri 90mAh yang boleh dicas penuh didalam masa 1 jam 40 minit.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 28

realme Band dikatakan mampu menawarkan jangka hayat yang lebih lama jika tidak kerana perekod degupan jantung secara berterusan dan ianya juga menawarkan perekod tidur dan jumlah langkah.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 29

realme Band juga meliputi 9 aktiviti sukan yang popular yang mana ianya termasuk kriket, yoga, berjalan, mendaki, berbasikal, kecergasan dan basikal ‘spinning’.

realme Band akan hadir didalam tiga pilihan warna iaiti Hitam, Olive Green dan Kuning yang merupakan warna ikonik realme.

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja 30

realme Band akan hadir dengan harga penjualan INR 1,499 atau sekitar RM 85 sahaja.

Bagi Malaysia, kita mungkin menyaksikan pelancaran realme Band bersama-sama realme 6 dan realme 6 Pro tidak lama lagi dan mungkin seawal hujung bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.