Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro kini rasmi dengan Skrin QHD+ 90Hz & Snapdragon 865

Black shark 3 pro malaysiaBlack Shark secara rasminya telah memperkenalkan generasi terbaru telefon pintar gaming mereka iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro yang akan memasuki pasaran China sebelum ke pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Black shark 3 malaysia

Black Shark 3 dan Black 3 Pro hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli dengan pengunaan dua paip penyejukan cecair dan terdapat juga slot audio 3.5mm.

Bercakap mengenai Black Shark 3 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan QHD+ OLED berukuran 7.1-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut mempunyai kadar ‘touch-sampling’ terpantas didunia iaitu 270Hz.

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro kini rasmi dengan Skrin QHD+ 90Hz & Snapdragon 865 7

BS 3 Pro ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865, 8GB RAM LPDDR4 atau 12GB RAM LPDDR5 yang dipadankan dengan 256GB storan dalaman manakala sokongan WiFi 6 dan 5G turut disertakan.

Pada bahagian kamera, Black Shark 3 Pro disertakan dengan sensor utama 64MP f/1.8, sensor ultra-lebar 13MP dan sensor depth 5MP selain sensor kamera selfie 20MP.

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro kini rasmi dengan Skrin QHD+ 90Hz & Snapdragon 865 8

Kelebihan Black Shark 3 Pro adalah pada bahagian bateri dimana ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W (0-100% didalam masa 38 minit) dan terdapat juga sokongan pengecasan magnetik pada panel belakang namun kelajuan pengecasan hanya 18W.

Black Shark Pro 3 juga memiliki butang trigger fizikal dibahagian atas dan ianya bukanya panel sesentuh seperti pada generasi sebelum ini.

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro kini rasmi dengan Skrin QHD+ 90Hz & Snapdragon 865 9

Beralih kepada Black Shark 3 pula, ianya hadir dengan beberapa perbezaan iaitu pengunaan skrin paparan FHD+ 6.67-inci, bateri berkapasiti 4,720mAh dan pilihan kapasiti RAM dan ROM iaitu 8GB/128GB, 12GB/128GB dan 12GB/256GB.

Berikut adalah harga Black Shark 3 adalah dari CNY 3,499 (RM 2,109) bagi versi 8/128GB manakala Black Shark 3 Pro pula akan ditawarkan pada harga dari CNY 4,699 (RM 2,832) bagi versi 8/256GB.

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.