Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dengan harga dari RM 3,599

Samsung Galaxy S20 Malaysia

Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dengan harga dari RM 3,599


Sejurus selepas selesai pelancaran Siri Galaxy S20, Samsung telah mengumumkan harga penjualan dan promosi pra-tempahan yang akan dibuka jam 5 Petang hari ini sehingga 20 Februari 2020.

Samsung Galaxy S20 preorder

Samsung Galaxy S20 akan hadir dengan harga penjualan RM 3,599 iaitu bagi versi 8/128GB dengan tiga pilihan warna iaitu Cloud Blue,Cosmic Gray dan Cosmic Black.

Samsung Galaxy S20+ pula akan hadir dengan harga penjualan RM 3,999 iaitu bagi versi 8/128GB dengan tiga pilihan warna yang sama seperti Galaxy S20 iaitu Cloud Blue, Cosmic Gray dan Cosmic Black.

Samsung Galaxy S20 dan S20 Ultra

Samsung Galaxy S20 Ultra akan hadir dengan dengan harga penjualan RM 4,999 iaitu bagi versi asas 12GB RAM + 128GB storan dalaman dan ianya akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Cosmic Gray dan Cosmic Black. Harga bagi versi 16GB RAM tidak diumumkan buat masa ini.

Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ kini rasmi dengan skrin 120Hz, sensor utama 64MP dengan harga dari RM 3,599

Bagi pembelian Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra, setiap pra-tempahan akan menerima Galaxy Buds+ bernilai RM 599 secara percuma (sementara stok masih ada).

Pra-tempahan ketiga-tiga telefon pintar terbaru Samsung ini boleh dibuat di eStore Samsung, Maxis, Harvey Norman, Celcom, Courts, Digi, YTL, Best Denki, U Mobile, Urban Republic, Senheng, SenQ, stor rasmi rasmi Samsung di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.