Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone X2 kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 730G pada harga serendah RM 923 sahaja

Pocophone X2 malaysia launch

Pocophone X2 kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 730G pada harga serendah RM 923 sahaja

Pocophone secara rasminya telah melancarkan Pocophone X2 namun ianya bukanlah pengganti kepada Pocophone F1.

Pocophone X2 adalah model yang berdasarkan telefon pintar Redmi K30 yang ditawarkan dipasaran China.

Pocophone X2

Pocophone X2 hadir dengan skrin paparan punch hole RealityFlow 20:9 berukuran 6.67-inci yang menawarkan kadar segar semula 120Hz dan HDR 10.

Beralih kepada bahagian dalaman, Pocophone X2 ditawarkan dengan pemproses Snapdragon 730G dan MIUI 11 didalam tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6GB/64GB, 6GB/128GB, danĀ 8GB/256GB.


Pocophone X2 hadir dengan tetapan quad-kamera yang mana sensor utama adalah unit 64MP Sony IMX686, swnsor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera Poco X2 ini juga hadir dengan sokongan,

gambar RAW, video gerak perlahan 960FPS dan mod VLOG.

Kamera selfie Pocophone X2 ini adalah tetapan dwi-kamera 20MP + 2MP.

Pocophone X2 malaysia launch

Selain itu, Pocophone X2 juga hadir dengan sensor capjari di sisi, bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 27W, bicu audio 3.5mm, teknologi penyejukan liquid cool yang dikatakan mampu membebaskan haba 300% lebih pantas, IR Blaster, lapisan kalis air P2i, VoWiFi dan bunyi Hi-Res.


Pocophone X2 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Atlantis Blue, Matrix Purple, dan Phoenix Red.

Pocophone X2 malaysia
Harga penjualan Pocophone X2 adalah seperti berikut :

Pocophone X2 6/64GB – INR 15,999 – RM 923

Pocophone X2 6/128GB – INR 16,999 – RM 980

Pocophone X2 8/256GB – INR 19,999 – RM 1,153

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.