Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 30 Pro 5G akan ditawarkan mulai 7 Februari ini pada harga RM 4,199

Huawei Mate 30 Pro 5G Malaysia

Baru-baru ini, Huawei telah memperkenalkan telefon pintar 5G pertama mereka di Malaysia iaitu Huawei Mate 30 Pro 5G di lokasi demostrasi projek 5G yang bertempat di Pulau Langkawi.

Huawei Mate 30 Pro 5G merupakan telefon pintar 5G pertama di Malaysia untuk mendapat sijil pematuhan 5G daripada SIRIM dan kini Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Februari ini.

 Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro kini di Malaysia dengan skrin Horizon dan kamera terbaik didunia

Huawei Mate 30 Pro 5G akan hadir dengan harga penjualan RM 4,199 yang mana penjualan akan dibuat melalui stor Huawei Experience Store dan juga syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcome dan UMobile ( Penawaran melalui Digi akan diumumkan kelak).

Selain itu, Huawei juga telah mengumumkan promosi menarik yang membolehkan anda menikmati hadiah percuma bernilai RM 537 iaitu pengecas HUAWEI Wireless In-car SuperCharge dan Huawei care yang menawarkan tambahan waranti selama setahun kepada pengguna.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.