Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme 5i – reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah

realme 5i review malaysia

Pengenalan

realme , jenama telefon pintar yang kini sudah tidak asing di pasaran Malaysia kini memperkenalkan satu lagi telefon pintar mampu miliki dibawah siri realme 5.

selepas kemasukan realme 5 dan realme 5 Pro, realme membawa masuk realme 5s bulan lalu dan kini telah membawa realme 5i yang merupakan model paling murah didalam keluarga siri realme 5 ini.

ULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

realme 5i kini menjadi telefon pintar quad-kamera termurah dipasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 599.

Apa yang dalam kotak ? – video

realme 5i malaysia

Reka Bentuk

Seperti sudah menjadi identiti Realme, anda akan disajikan dengan paparan hadapan skrin waterdrop yang sama seperti semua model didalam telefon pintar siri realme 5.

Jika skrin FHD+ adalah pilihan pada model Pro, realme 5i mengekalkan resolusi skrin HD+ seperti pada realme 5 dan realme 5s.

realme 5i

Skrin paparan ini adalah jenis yang mempunyai takukan minidrop yang kini 30.9% lebih kecil berbanding generasi sebelum (realme 3) ini dan kami akan perkatakan lebih lanjut mengenai perkara ini dibahagian skrin.

realme 5i malaysia

Salah satu perbezaan utama antara realme 5i dan model lain didalam keluarga siri realme 5 ini adalah reka bentuk panel belakang.

realme 5i hadir dengan reka bentuk panel belakang yang dikenali sebagai Sunrise Design.

Setiap satu panel belakang pada realme 5i melalui proses gilapan selama 600 minit untuk menghasilkan kesan panel belakang yang kasar dengan corak beralun.

Tidak seperti realme 5, realme 5s atau realme 5 Pro, panel belakang realme 5i tidak boleh dicop sebagai ‘fingerprint magnet’.

selain daripada itu, realme 5i juga hadir dengan sokongan kalis percikan air yang membolehkan telefon pintar realme 5i terselamat dari insiden tumpahan air atau hujan yang renyai.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 43

Pada bahagian bawah, realme 5i mempunyai slot microUSB, gril pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan mikrofon.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 44
Pada bahagian sisi kiri pula terdapat butang pelaras suara dan slot tri-SIM manakala dibahagian kanan terdapat butang kuasa.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 45

Skrin Paparan

realme 5i hadir dengan skrin paparan mini-drop berukuran 6.5-inci yang menolak resolusi HD+ 1600×720 dengan kepadatan piksel 269ppi.

Panel skrin ini adalah sama seperti pada realme 5 dan realme 5s dengan kecerahan skrin realme 5i boleh mencapai 480nits.

Panel LCD yang digunakan pada realme 5i ini meliputi 89% daripada permukaan hadapan dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla yang tidak dinyatakan generasi yang mana.

Secara keseluruhanya, realme 5i menawarkan pengalaman skrin yang terbaik pada tahap harga ini.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 46

Pemproses

realme 5 kini adalah telefon pintar yang lebih berkuasa dan menyaksikan siri telefon pintar mampu milik ini  menggunakan pemproses Snapdragon yang dibekalkan oleh Qualcomm.

Pada realme 5i ini, pemproses kelas mid-range daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 665 telah menjadi pilihan dan bagi pasaran Malaysia, ianya ditawarkan didalam satu varian sahaja iaitu 4GB RAM dengan 64GB storan dalaman.

Pemproses Snapdragon 665 AEI yang digunakan pada realme 5i ini adalah berasaskan cip 11nm dengan kelajuan 2.0GHz dan ini adalah hampir 20% lebih baik berbanding pemproses Snapdragon 660 AEI.

realme 5i juga hadir dengan antaramuka ColorOS yang berasaskan Android Pie namun kali ini terdapat folder yang mencadangkan aplikasi dan permainan video yang boleh dimuat turun.

realme 5i juga hadir dengan ColorOS 6.1 yang merupakan versi terkini OS namun ianya masih berasaskan Android Pie.

Bagi penggemar permainan video, pengalaman gaming anda sudah pasti lebih ‘berpuas hati’ dengan penawaran Game Space yang membawa prestasi telefon pintar ini ke tahap maksima.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 47
Kamera

Pada harga serendah RM 499, realme 5i membawakan penawaran 4 kamera dibelakang yang sama seperti pada realme 5 dimana ianya meliputi segala aspek fotografi tidak kira yang jauh, yang dekat, yang lebar mahupun waktu malam.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 48

realme 5i hadir dengan sensor kamera yang sama seperti pada realme iaitu sensor utama 12MP f/1.8 yang dibekalkan Sony manakala tiga lagi sensor  adalah satu sensor 8MP dengan sudut 119° darjah, sensor potret 2MP dan sensor makro 2MP.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 49

Bercakap mengenai sensor utama 12MP yang disertakan pada realme 5i ini, walaupun tidak setanding dengan kamera realme 5 Pro, ianya masih mampu menawarkan pengguna fotografi yang hampir sempurna pada keadaan cahaya yang baik.

Gambar yang diambil ternyata mampu mengekalkan keindahan situasi atau adengan yang diambil namun jumlah maklumat tidak lah begitu tinggi.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 50

Pengunaan sensor kanta lebar bagi mengambil gambar yang lebih luas juga memberikan kita hasil yang memuaskan.

Ianya membolehkan anda mengambil gambar yang lebih luas namun anda harus berhati-hati supaya tidak terlalu dekat dengan peranti kerana ianya akan menghasilkan kesan ‘fish-eye’.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 51

Mod NightScape 2.0 kini turut ditawarkan pada realme 5i dan ini membolehkan fotografi waktu malam yang lebih baik apabila dibandingkan dengan realme 5.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 52

Mod malam NightScape pada realme 5i nampaknya kini telah kini hadir dengan waktu pengambilan gambar selama 7 saat namun hasil yang dicapai adalah lebih kurang sama.

Gambar mod malam yang diambil pada realme 5i boleh dilakukan dengan mengaktifkan mod NightScape 2.0 pada aplikasi kamera dan pengunaan tripod akan membolehkan mod NightScape ini lebih efektif.

Gambar potret pada realme 5i ini dibantu dengan satu sensor 2MP yang mempunyai tugas membekalkan maklumat ‘depth’ dan memberikan kesan bokeh yang sempurna. Bergantung kepada keadaan cahaya, realme 5i mampu mengambil gambar potret yang baik.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 53

Mod makro realme 5i adalah seperti yang ditawarkan pada realme 5 Pro dengan hasil yang lebih kurang sama.

sensor makro ini menawarkan satu sudut fotografi yang baru namun resolusi sensor yang lebih tinggi sudah pasti lebih baik.

beralih kepada kamera selfie yang mempunyai peranan penting pada telefon pintar, realme 5i ini dibekalkan dengan kamera selfie 8MP yang mempunyai aperture f/2.0 dengan AI Beauty dan AI HDR.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 54

Bateri

Selain kamera, realme 5i memiliki kelebihan kompetitif dari segi penawaran bateri, realme 5i disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan jangka hayat bateri luar biasa pada harga bajet.

Sedikit mengecewakan adalah pengunaan slot microUSB untuk pengecasan dan tiada sokongan pengecasan pantas VOOC seperti pada  realme 5i Pro namun ada sudah pasti faham dengan harga penjualan ‘ultra-rendah’, pasti ada yang terpaksa dikorbankan demi mengekalkan tahap harga ini.

Pengecasan 10W 5V/2A disertakan didalam kotak dan ianya mampu memberikan sekitar 20-30% didalam masa 30 minit pengecasan yang mana ianya tidak lah begitu pantas.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 55

Penutup

realme telah terbukti sebagai satu syarikat yang sentiasa meletakkan pengguna sebagai agenda utama dan contoh terbaik adalah dengan pelancaran realme 5i.

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 56

walaupun ada beberapa penambahan dan pengurangan, realme 5i adalah antara telefon pintar mampu milik yang wajar dipertimbangkan untuk pembelian.

realme 5i dan realme Buds Air kini rasmi di Malaysia

Gambar-gambar yang diambil menggunakan realme 5i

ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 57
ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 58ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 59ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 60ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 61ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 62ULASAN : realme 5i - reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah 62

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.