Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme Buds Air – Earbuds mampu milik Android yang patut anda miliki

Realme Buds Air Malaysia

ULASAN : realme Buds Air – Earbuds mampu milik Android yang patut anda miliki

Pasaran Earbuds tanpa wayar adalah satu pasaran yang hangat dan saban hari kedengaran pelancaran earbuds baru yang cuba mencuri tumpuan pengguna yang sentiasa didalam ‘buruan’ untuk memiliki satu earbuds atau earphone yang berpatutan.

realme Buds Air Malaysia Price

Walaupun lambat, bak kata pepatah ‘better late than never’, realme syarikat yang terkenal dengan semangat dare to leap telah mengumumkan penawaran earbuds tanpa wayar sebenar mereka iaitu realme Buds Air.

realme Buds Air harga malaysia

realme Buds Air adalah satu buds tanpa wayar yang memberikan anda bayangan tentang Apple AirPods lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk membeli warna putih yang merupakan salah satu daripada tiga pilihan warna selain hitam dan kuning (hanya warna putih ditawarkan di Malaysia terlebih dahulu)

realme Buds Air

Case yang menyimpan realme Buds Air ini mempunyai beberapa ciri yang sudah pasti mengagumkan kami, dengan ukuran dimensi 51.3 x 45.3 x 25.3mm dan berat 42gram, realme Buds Air adalah satu earbuds yang sangat ringan dengan berat earbuds hanya 8 gram (4 gram setiap satu).

Case ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi 10W yang mana dengan ini anda boleh menikmati pendengaran muzik selama 17 jam (pada tahap kelantangan 50%). Case ini memiliki bateri 400mAh yang membolehkan pendengaran dilanjutkan dari 3 jam( earbuds sahaja) kepada 17 jam.

realme Buds Air wireless charging

Pengecasan penuh mengambil masa sekitar 2 jam yang mana ianya agak lama bagi mengecas peranti dengan bateri 400mAh sahaja.

Bekas ini diperbuat daripada plastik yang mana ianya adalah sama seperti kebanyakkan pengeluar earbuds dipasaran dan bukaan bekas ini juga sangat kukuh namun kotak pengecasan kualiti ini terjamin dengan QC yang ketat.

realme buds air earpod

Beralih kepada buds yang merupakan watak utama yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu peranti pendengaran seperti realme Buds Air ini.

realme buds air pairing

Proses pairing buat pertama kali adalah amat mudah dimana anda hanya perlu menekan butang pairing selama tiga saat, selepas itu lampu hijau akan berkelip selama 10 saat (yang mana ini menunjukkan earbuds itu sedang melakukan pairing antara satu sama lain).

Selepas itu, anda hanya perlu membuka sambungan Bluetooth 5.0 pada telefon pintar dan sambungan realme Buds Air.

Ini adalah kali pertama dan terakhir anda melakukan perkara ini melainkan anda menukar peranti anda melakukan reset.

realme buds air malysia

Setiap satu buds realme Buds Air ini hadir dengan Dynamic Boost Bass 12mm driver yang membolehkan penawaran audio yang jelas dan terang namun kadar bass pada tahap kelantangan maksima kelihatan sedikit berkurangan.

Bercakap mengenai pendengaran muzik pula, realme Buds Air ternyata memberikan prestasi yang patut dipuji.

Setiap audio yang dimainkan oleh kami adalah sangat terang dan mempunyai kelantangan yang mencukupi untuk citarasa kami.

Operasi realme Buds Air ini juga amat mudah dan anda tidak perlu pening mencari cara operasi realme Buds Air ini kerana terdapat cara operasi pada risalah manual penggunaan.

selain itu, realme Buds Air juga hadir dengan teknologi ‘Super-Low Latency’ yang boleh diaktifkan apabila anda memasuki mod Gaming dengan menekan kedua-dua buds selama 2 saat.

Mod gaming akan diaktifkan apabila anda mendengar bunyi enjin kereta manakala mod gaming dinyahaktifkan apabila anda mendengar bunyi piano.

realme Buds Air juga memiliki fungsi permainan muzik secara automatik yang dinikmati hasil pengunaan sensor optikal yang dapat mengesan earbuds sedang digunakan ataupun tidak.

realme buds air

Pada pendapat kami, pengunaan bucu yang keras pada Buds Air ini mungkin menyebabkan terdapat pengguna yang tidak dapat menikmati kualiti audio yang lebih memuaskan kerana ianya tidak melekap ‘100%’ pada telinga dan kami secara peribadi lebih mengemari reka bentuk bucu buds yang berasaskan silikon (seperti realme Buds Wireless).

Secara keseluruhanya realme Buds Air adalah satu earbuds serba lengkap yang patut anda pertimbangkan tidak kira anda pengguna peranti Android ataupun iOS.

realme Buds Air

Dengan harga penjualan yang kompetitif, realme Buds Air dilihat ditakdirkan untuk menjadi satu lagi produk ‘panas’ realme selepas pelancaranya di Malaysia pada 14 Januari yang lalu.

realme Buds Air akan hadir dengan harga penjualan RM 299 secara eksklusif di Shopee namun pada 21 Januari (tepat jam 12 tengah malam), realme Buds Air akan ditawarkan pada harga RM 199 sahaja.

beli realme Buds Air di Shopee melalui pautan ini : http://bit.ly/rshprtws

 

Tontoni video buka kotak & ulasan ringkas realme Buds Air :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.