Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V17 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699

vivo V17 Malaysiavivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan vivo V17 yang merupakan model terbaru vivo dengan reka bentuk yang berlainan dari kebanyakkan telefon pintar siri V.

Vivo V17 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 9

Vivo V17 hadir dengan skrin paparan FHD+ E3 Super AMOLED berukuran 6.44-inci, pemproses Snapdragon 675AEI, 8GB RAM dan 256 ROM dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Vivo V17 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 10

Beralih kepada bahagian kamera, vivo V17 ini memiliki tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor kanta lebar 120 darjah 8MP + sensor bokeh 2MP + sensor makro 2MP.

Vivo V17 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 11

Selain itu, vivo V17 hadir dengan kamera selfie punch hole 32MP yang disahkan sebagai lubang punch hole yang paling kecik pernah ditawarkan pada telefon pintar.

Vivo V17 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 10

Kedua-dua kamera pada Vivo V17 ini juga menyokong mod malam Super Night dan Super Night Selfie.

Vivo V17 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, FunTouch OS 9.2 dan sokongan dwi SIM.

vivo V17 Malaysia

Vivo V17 akan hadir dengan harga penjualan RM 1,699 dan ianya akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White.

pra-tempahan kini dibuka dengan penjualan rasmi akan bermula mulai 21 Disember 2019.

*guna kod baucar : VIVOV17 di store online vivo Malaysia dan dapatkan diskaun RM 50.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.