Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic Watch 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Disember ini

Honor Magic Watch 2 Malaysia
Ketika pelancaran Honor 9X di Malaysia beberapa minggu lalu, Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor Magic Watch 2 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berpegang kepada janji itu, Honor Malaysia kini telah mengesahkan bahawa jam pintar MagicWatch 2 ini akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Disember ini.

Honor Watch Magic 2 telah diperkenalkan bersama-sama siri Honor V30 di China dan ianya hadir didalam dua pilihan saiz iaitu 42mm (skrin 1.2-inci) dan 46mm(skrin 1.39-inci)

Jam pintar ini menawarkan pelbagai sokongan kecergasan, perekod kadar degupan jantung, perekod tidur Huawei TrueSleep 2.0 dan kalis air 50ATM.

Honor Watch Magic 2 hadir dengan Lite OS yang merupakan sistem operasi khas Huawei untuk peranti pintar.

Buat masa ini harga penjualan Honor Watch Magic 2 masih belum diketahui namun harga penjualanya dijangka kompetitif seperti generasi pertama yang ditawarkan pada harga sekitar RM 599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.