Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Waze kini menawarkan paparan maklumat harga tol di Malaysia

Waze Malaysia


Waze, aplikasi navigasi yang popular dikalangan pengguna di Malaysia kini telah memperkenalkan ciri paparan harga Tol yang membolehkan pengguna melihat dan membandingkan kos tol yang perlu ditanggung untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Ciri ini sudah pastinya membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dan pada masa yang sama menjimatkan wang dengan memilih jalan yang tidak bertol atau dengan kadar tol yang lebih rendah.

Ciri hyperbola ini menjadi kenyataan hasil kerja keras hampir 30,000 sukarelawan komuniti Waze yang aktif melakukan input kepada peta didalam aplikasi ini.

Waze kini menawarkan paparan maklumat harga tol di Malaysia 3

Enam sukarelawan dari komuniti Waze Malaysia yang memainkan peranan utama dalam penawaran ciri harga tol adalah Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar.

Ahli komuniti Waze Malaysia ini telah memasukkan maklumat harga tol yang sekali lagi membuktikan waze sebagai aplikasi yang dijana oleh pengguna dan komuniti tempatan.

Maklumat lanjut di Waze

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.