Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 999 sahaja


Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor 9X ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 999 dan lebih penting ianya hadir dengan sokongan penuh Google Services.

Honor 9X malaysia

Honor 9X  memiliki skrin paparan FHD+ IPS LCD berukuran 6.59-inci demgan resolusi 1080 x 2340px yang memberikan nisbah skrin kepada badan yang amat tinggi iaitu 92%.

Nisbah ini berjaya dicapai dengan menjadikan Honor 9X sebagai telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan solusi kamera selfie pop-up yang mana sensornya adalah 16MP dengan f/2.2.

400D15B7-9ABB-41E7-8C16-2C34E3DD81FD.jpeg

Pada bahagian belakang, Honor 9X hadir dengan sensor utama Quad Bayer 48MP dengan aperture f/1.8 dan satu sensor kedalaman 2MP.

Pada bahagian dalaman, Honor 9X hadir dengan pemproses Kirin 710F, 6GB RAM, 128GB storan dalaman , EMUI 9.1 yang berasaskan Android Pie dan GPU Turbo 3.0

Honor 9X turut disertakan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 10W melalui slot USB-C dan Honor juga menyertakan bicu audio 3.5mm.

Honor 9X akan mula dibuka untuk pra-tempahan di hihonor dan Lazada pada 22 November ini dimana setiap pembelian layak membeli Honor Sport Pro Headphone pada harga RM 0.99 atau Honor Band 5 Sport + hadiah premium Honor secara percuma.

Selain itu, penjualan akan bermula mulai 28 November di Lazada, Shopee dan hihonor dimana anda akan menerima hadiah premium Honor dan Honor Band 5 Sport secara percuma ( boleh juga membeli Honor Sport Pro headphone pada harga RM 199).

ULASAN : Honor 9X Malaysia – telefon pintar terbaik Honor didalam siri X

Penjualan di stor Honor Experience Store (HES) di seluruh negara akan bermula pada 29 November dengan tawaran yang sama seperti diatas.

Selain Honor 9X, Honor Malaysia telah melancarkan Honor Band 5 Sport (RM 79) , Honor Sport Pro headphone (RM299) dan komputer riba Honor MagicBook Pro (akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi)


Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.