Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro telah dikesan di SIRIM

realme X2 pro malaysia
Walupun baru melancarkan realme XT ke pasaran Malaysia minggu lalu, realme nampaknya sudah mempunyai perancangan untuk membawa masuk realme X2 Pro ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi, realme X2 Pro yang memiliki nombor model RMX 1931 telah dikesan di pangkalan data SIRIM.

realme X2 pro malaysia

Realme X2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ Super AMOLED 90Hz berukuran 6.5-inci lengkap dengan sensor capjari terbina pada skrin dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 5, pemproses Snapdragon 855+ dengan tiga konfigurasi RAM dan ROM (UFS 3.0) iaitu 6/64GB, 8/128GB dan 12/256GB.

realme X2 pro malaysia
Selain itu, realme X2 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP + sensor kanta lebar 8MP + sensor telefoto  13MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

realme X2 pro malaysiarealme X2 pro malaysia

Realme X2 juga disertakan ColorOS 6, teknologi penyejukan vapor chambers dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W Super VOOC.

realme X2 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan atau awal tahun hadapan.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.